2 Perbezaan Beli “Gold Bar” Di Kedai Emas?

Apa Yang Perlu Kita Ambil Tahu Tentang Inflasi?
February 19, 2018
March: Jadi Dealer Public Gold Dengan Harga Promosi !
March 17, 2018

Kali ni saya berkongsi tentang perbezaan antara beli gold bar kedai emas dan di Public Gold (mengikut harga emas dunia).

Setiap pelabur dan penyimpan emas pasti inginkan item terbaik yang dibeli dapat memaksimumkan keuntungan mereka.

Kenapa beli emas jongkong / gold bar di kedai emas lebih mahal?

1- PERBANDINGAN HARGA SPOT KILANG DAN KEDAI EMAS

Sebelum tu, kita kena faham:

  1. Emas didagangkan dalam matawang US Dollar (USD) dinilaikan dalam Troy per auns (oz)
  2. Troy per oz adalah unit pemberat asas untuk semua jenis logam berharga (precious metal) seperti emas, perak, platinum dan lain-lain
  3. 1 Troy per oz = 31.1 gram

Contoh Pengiraan:

Pada 22 Februari 2018, harga emas di pasaran antarabangsa adalah $1329.30 per oz (rujuk ilustrasi kitco) (warna hijau)

Berapa nilai dalam Ringgit Malaysia? Berapa nilai emas per gram dalam RM?

Terdapat 2 Cara :

Cara 1: Dapatkan harga untuk setiap gram dahulu

$1329.30 / USD 31.1 = USD 42.7427

Harga untuk setiap gram adalah USD 42.7427

Cara 2: Tukar harga dalam Ringgit Malaysia (RM)

  • $42.7427 x 3.90535 = RM 166.9 (1 USD pada 22 feb adalah RM3.90535)
  • Harga RM 166.9 per gram yang diperolehi adalah harga 'spot'. Harga spot tidak termasuk kos-kos sampingan yang terlibat dalam pembentukan emas fizikal contoh dalam bentuk jongkong, ukiran dan sebaginya.
  • Oleh itu, tokey emas akan memproses emas ke dalam bentuk jongkong emas atau sebarang bentuk emas yang dikehendaki.
  • Contoh, kos dari awal proses hingga akhir meliputi 9% dari jumlah asal adalah RM15 (RM166.9 x 9% = RM15.021)
  • RM15 ini dikenali sebagai kos premium
  • Tokey emas kilang,akan menjual produk emas pada harga akhir:= Harga spot + 9%
  • = RM 166.9 + RM 15.021
    = RM181.921 (saya bundarkan menjadi RM182 per gram)
  • Di kedai emas pula, tokey emas kedai akan naikkan kos premium itu dari 25% - 30%
  • Sebagai contoh, saya ambil 25% kenaikan= RM166.9 + (166.9 x 25%)
    = RM166.9 + RM41.725
    =  RM208.625 ~ RM209/gram
  • BEZA antara harga kilang dan harga di kedai emas : RM 209 - RM 182 = RM 27 /gram
  • Jadi, kita dapat lihat Public Gold betul-betul menghampiri harga kilang (harga spot) berbanding kedai emas.

Ksimpulan,jangan terkejut dan hairan bila kita beli emas dengan harga mencecah RM4K dan jual semula dengan harga jauh lebih murah sebagai contoh RM3200. Ini kerana mereka ambil kira harga spot (harga asal emas mentah) merangkumi kos premium sebanyak 25% sebelum ni. Jangan salahkan mereka, mereka pun berhak mengambil untung. Mereka terpaksa bayar kos upah-upah lain seperti menggaji pekerja, utiliti, insurans, workmanship dan sebagainya.

2- BEZA PAPARAN HARGA JUALAN BALIK

Jika perasan, kedai emas tidak meletakkan paparan harga jualan balik seperti Public Gold paparkan kepada pelanggan mereka. Seperti di laman web www.publicgold.com.my. (refer gambar di bawah)

  • Harga PG Sell dipaparkan untuk bakal pelanggan dan pelanggan Public Gold bila mana nak buat belian emas.
  • Harga PG Buy dipaparkan untuk pelanggan menjual balik emasnya apabila perlukan duit dan sebagainya.
  • Sistem mereka telus, harga diapaparkan siap-siap kepada pelanggan mereka.
  • Beza dengan kedai emas, tidak memaparkan harga jualan balik.

Bila kita lihat, katakan kita nak beli emas 250gram

  • Kita perlu bayar RM44923 + harga premium Public Gold mengikut berat item emas tersebut. ( Apa itu Gold Premium ?)
  • Hanya caj premium (kos pengankutan) dikenakan, itupun dikira murah dari harga pasaran.
  • Spread pun boleh kita kira dengan mudah.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Baca: Cara Belian Emas Secara Tunai

Salam Kekayaan & Kejayaan !

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
WhatsApp chat