Emas sejak dari dulu merupakan aset yang paling dikenali ramai kerana sifatnya yang mudah dicairkan.
Sebelum adanya saham, emas merupakan salah satu lambang kekayaan manusia. Salah satu sebab orang sukakan emas adalah kerana,sifatnya dan nilainya semakin meningkat saban tahun.
Emas hingga kini masih lagi digemari ramai untuk memulakan pelaburan berbanding pelaburan yang lain. Antara sebabnya adalah kerana, emas tahan inflasi, sangat mudah dicairkan berbanding aset seperti tanah. Ini bermaksud, menukarkan ke bentuk tunai tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjadikan ianya tunai dengan segera.
Walaubagaimanapun, adakah anda tahu beberapa fakta tentang emas yang anda belum tahu.
1) Harga Emas Berfluktuatif
Ramai orang fikir, harga emas sentiasa meningkat dan stabil setiap tahun.
Hakikatnya, emas juga investasi emas juga mengalami naik-turun sama halnya dengan harga saham.
Oleh sebab itu, emas selalu dikategorikan dengan simpanan jangka masa panjang.
Ia sangat tidak sesuai bagi orang yang hendak mendapatkan keuntungan dalam masa singkat.
Selalunya, seorang yang ingin mendapat keuntungan dalam masa singkat, belian emas yang dibeli, adalah 250gram hingga sekilo ke atas. Ini merupakan kategori seorang pelabur emas.
Alangkah lebih baik jika anda menyimpan dan membeli emas yang berketulenan 24 karat emas berketulenan 999.9.
Akan lebih baik lagi jika emas yang Anda memiliki memiliki sijil LBMA serta bebas GST. Selain itu, emas itu mudah untuk dijual semula kepada syarikat yang anda beli.
2) Tempat Simpan Emas
Bila membeli emas, selalunya kita akan dapat bentuk fizikal itu sendiri. Jadi, kita akan fikir di mana untuk menyimpan emas tersebut di tempat yang selamat.
Tika ini, anda harus menggunakan kreativiti anda untuk simpan emas. Contohnya, emas kecil-kecilan seperti 1 gram, 5 gram dan sebagainya, letak di belakang microwave, bawah katil atau tempat-tempat yang anda rasa tidak ada orang tahu.
Cuma cara ini, agak berisiko kerana manusia sering lupa. Jadi anda ada pilihan untuk simpan emas di safe deposit box swasta atau di bank. Cara ini adalah lebih selamat.
Safe deposit box selalunya hanya sesuai untuk orang yang dah ada berkilo-kilo emas kerana yuran untuk sewa deposit box juga berbeza mengikut saiz.
Bagi penyimpan emas kecil-kecilan, tidak perlu risau tentang bab keselamatan kerana anda punyai pilihan seperti menyimpan di akaun simpanan emas GAP yang disediakan Public Gold secara percuma.
Baca: 20 Kelebihan Akaun Emas GAP Public Gold
3) Perbezaan Jumlah Emas Yang Ingin Disimpan
Terdapat kelebihan dan kekurangan pabila anda memilih untuk membeli emas dalam jumlah besar atau kecil. Seperti yang kita tahu, harga setiap gram emas akan lebih murah apabila Anda membeli emas dalam jumlah gram yang besar.
Namun, anda perlukan modal yang besar. Mungkin untuk itu, Anda perlu untuk kumpul duit untuk beberapa bulan.
Berbeza pabila membeli emas dengan jumlah yang kecil, misalnya 1 gram setiap bulan. Meskipun Anda akan dikenakan harga yang lebih mahal untuk pembelian setiap gramnya, Anda dapat menjualnya dengan lebih cepat berbanding dengan emas berukuran gram yang lebih besar, contohnya 100 gram.
Ini adalah kerana permintaan emas bergram kecil lebih tinggi berbanding emas yang bergram besar. Anda perlu menyesuaikan dengan keperluan Anda. Jika Anda memang menggunakan emas sebagai pelaburan sepenuhnya, Emas yang bergram besar sangat sesuai dengan anda. Contohnya, 250 gram ke atas.
Akan tetapi, jika Anda juga menggunakan emas untuk simpanan jangka masa panjang, adalah lebih baik Anda menyimpan emas berukuran kecil. 1 gram 1 bulan melalui akaun emas GAP.
4) Emas Tetap Menjadi Pilihan Yang Digemari Ramai
Walaupun, terdapat risiko tertentu, namun ramai yang menggemari pelaburan serta simpanan emas sebagai alat penjamin masa depan.
Di samping itu, faktor risikonya juga lebih rendah dari jenis pelaburan lain seperti saham, tanah dan sebagainya.
Anda Juga Mungkin Menyukai:
Penulis,
Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza | #aqilaaliredza