3 Produk Public Gold Terima Pengesahan Patuh Syariah

Pentingnya Introducer Dalam Public Gold
June 6, 2017
Apa Itu Gold Premium ?
June 16, 2017

Syukur, Alhamdulillah usaha untuk mendapatkan sijil pematuhan syariah fasa 1 telah terpatri pada 16 Januari 2017.

Public Gold telahpun mendapat sijil pengesahan patuh syariah jual beli emas daripada Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Pengesahan ini adalah untuk 3 pembelian kaedah produk Public Gold:

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).

Ini adalah pengesahan syariah Fasa 1.

Fasa yang seterusnya ialah “Gold Accumulation Program (GAP)”, platform membeli belah menggunakan emas yang dinamakan “PG Mall”, dan sistem pembayaran menggunakan emas yang dinamakan “Gold Payment System (GPS)”.

Proses pengesahan syariah ini bukanlah proses yang bersifat one-off, ia proses yang berpanjangan dan melibatkan proses audit secara berkala.

 


Latar Belakang Panel Shariah

Untuk makluman sahabat pembaca, Amanie Advisors Sdn. Bhd. ialah sebuah konsultan shariah yang berperanan penting menyediakan standard shariah emas bagi World Gold Council (WGC) dan AAOIFI.

Ia dia ketuai oleh Dato’ Dr. Mohd Daud Bakar yang juga pengerusi Shariah Advisory Council (SAC) untuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Tuan Pakdi pernah menulis siapa sebenarnya tokoh yang disegani dalam dunia kewangan Islam ini dalam artikel beliau bertajuk “Dr Mohd Daud Bakar – Ulama, Penasihat Shariah dan Pakar Kewangan Islam”.
Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

 

JUALAN BALIK (BUY BACK)
Proses utama dalam produk ini ialah:

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.”

Catatan perkongsian UKB

Moga bermanfaat untuk semua.

 

Salam Kekayaan & Kejayaan !

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
WhatsApp chat