3 Step Beli Emas Kali Pertama

5 Ciri-Ciri Yang Ada Pada Seorang “People Pleaser”
August 7, 2019
Promo FB Live: Belian Emas Serendah RM90/bulan Secara Ansuran
August 24, 2019

Bagi mereka yang pertama kali nak beli emas, sudah semestinya masih kabur tentang cara beli emas pertama mereka.

Maklumlah, bukan selalu orang beli emas, mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup bagi orang biasa. Kerana sudah terbiasa dengan mindset "emas mahal".

Oleh kerana kurang pengalaman, maka kebanyakan orang kurang arif dalam proses pembelian emas yang sebenar.

Lain pula bagi mereka yang merupakan pelabur emas; semua selok belok cara beli emas pertama, kedua, ketiga dan sehingga berkilo-kilo emas pun sudah mereka kuasai sepenuhnya.

Pelabur emas punyai pengalaman yang banyak, maka mereka ada bermacam-macam cara beli emas dan strategi belian emas yang telah mereka kuasai.

Membeli dan memiliki emas yang banyak sebagai salah satu aset simpanan merupakan idaman semua orang

Bagi orang biasa, pembelian emas kebiasaannya merupakan pembelian paling besar dan penting dalam hidup mereka. Sama jika mereka membeli rumah pertama.

Tersilap langkah, pembelian emas boleh menjadi mimpi ngeri.

Mimpi ngeri bagi seorang penyimpan serta pelabur emas adalah bila memiliki emas tiruan dan sebagainya.

Oleh itu, amat penting untuk tahu tentang perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses belian emas agar mimpi ngeri seperti di atas tidak menghantui.

Jika anda merupakan salah seorang yang baru nak memiliki emas, panduan asas cara beli emas yang akan saya terangkan nanti mungkin boleh membantu anda.

Panduan asas cara beli emas pertama kali

Secara asasnya, pembelian emas melibatkan 3 step iaitu pra pembelianpembelian dan post-pembelian.

Cara beli emas pertama #1 – Fasa Pra-Pembelian

#1 Kemampuan Kewangan

Fasa pra-pembelian juga turut dikenali sebagai fasa penilaian.

Dalam fasa ini, penilaian yang teliti ke atas beberapa aspek perlu dibuat, antaranya:

Nak beli emas bukannya murah, lebih-lebih lagi pada masa sekarang yang mana harga emas seolah-olah harga mampu tengok sahaja.

Apabila membeli emas, kita kena faham belian emas untuk jangka masa panjang dan bukan jangka masa pendek.

Semakin berat gram emas, semakin tinggi nilai emas.

Jadi, sebelum beli emas, kenalah buat kira-kira tentang kemampuan kewangan sendiri untuk sediakan wang bagi membeli emas.

Daripada kira-kira itu nanti, anda akan dapat tentukan item emas yang sesuai untuk dibeli.

Anggaran budget harga untuk setiap item:

10 gram - RM2 000++

20 gram - RM4 000++

50 gram - RM10 000++

100 gram - RM20 000++

250 gram - RM50 000++

1000 gram - RM 197 000++

1 dinar - RM 900++

5 dinar - RM4 500++

10 dinar -RM8 500++

Harga ni berubah setiap 20 minit, jadi ni anggaran bajet saya sediakan untuk setiap item.

#2 Item emas

Pastikan emas yang kita nak beli tersebut memenuhi bajet yang kita tetapkan.

Beli dan simpan emas ni jangka masa panjang, jadi jangan beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

Dah pilih item yang diingini, jom kita mula buat belian emas.

#3  Keselamatan

Untuk keselamatan ni, kita boleh pilih nak simpan emas di safe deposit box, simpan sendiri di rumah atau di Akaun Emas GAP.

  • Simpan Sendiri - Simpan sendiri ni kita perlu kreatif, simpan tempat-tempat yang tak dapat diketahui orang. Tapi perlu beritahu waris, jangan sampai  waris pun tak tahu. Ada satu kes, emas waris tak tahu langsung suami ada simpan emas bernilai hampir 1juta. (banyak tu, boleh guna untuk kelangsungan hidup)
  • Simpan di deposit box - Ada syarikat-syarikat swasta yang menawarkan sewaan peti simpanan. Di Public Gold juga ada menawarkan sewaan peti simpanan iaitu Public Safe di Penang. Harga mengikut saiz yang dipilih.
  • Akaun Emas GAP - Ni antara penyimpanan paling selamat, dan murah. Cuma bila kita dah keluarkan emas, tak boleh masukkan emas fizikal dalam akaun emas ni. Kerana ini hanyalah tempat penyimpanan sementara bagi penyimpan emas yang ingin beli emas sikit-sikit dan yang nak simpan emas secara percuma. (nak beli emas cara akaun emas GAP, klik sini)

*Dalam artikel ni saya beri panduan untuk buat belian emas secara fizikal bagi yang nak simpan emas sendiri atau di deposit box.

Pendaftaran Sebagai Pelanggan Public Gold

Public Gold tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk menjadi pelanggan Public Gold.

Dalam fasa ini, pembeli mestilah mengisi semua maklumat dengan betul :

Klik sini untuk daftar kali pertama

Selepas daftar, klik submit.

Cara beli emas pertama #2 – Pembelian Emas

  1. Selepas daftar online, layari website public gold, www.publicgold.com.my.
  • Klik LOGIN untuk mula membeli jongkong secara online dan seterusya menjadi ahli Public Gold yang sah dengan mempunyai kod PG ahli dengan membeli apa-apa produk jongkong emas atau perak public gold seperti beli emas 1 dinar 24K lbma bebas gst, gold bar 1 gram lbma bebas gst dan sebagainya.
  • Tuliskan USERNAME dengan nombor kad pengenalan anda, password anda semasa daftar
  • Klik LOGIN.

2. Mula membeli emas secara online mengikut harga emas semasa atau booking harga beli emas public gold.

  • Tatar mouse ke ORDER dan pilih PURCHASE ORDER untuk lock harga beli emas.

  • Seterusnya, pilih produk dan lock price emas Public Gold.

Pilih Produk yang diingini

Paparan ni akan keluar selepas klik add to cart

Klik add to cart paling atas sebelah kanan

My Shopping cart semak kuanttiti dan detal item, dan jika ingin buat perubahan boleh buat di sini

Skrin ni akan dipaparkan sekiranya anda belum login. Abaikan skrin ini, jika anda dah login.

Maklumat pembeli emas dan cara pembayaran

  • Pilih cawangan public gold terdekat untuk bayar dan ambil emas yang dibeli atau
  • Pilih cawangan POS Ar-Rahnu terdekat untuk bayar dan ambil emas yang dibeli.
  • Pilih PAYMENT OPTION  atau cara bayaran Pembelian emas fizikal Public gold boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu Bayaran Penuh ( Full Payment) atau Bayaran Ansuran 4 kali atau selama 4 bulan ( Syariah EPP easy payment Purchase).
  • Klik PURCHASE ORDER FOR : MYSELF (Diri Sendiri) atau THIRD PARTY (Order bagi pihak lain)
  • Pada remarks on order, boleh tulis apa-apa catatan seperti nama introducer dan sebagainya atau biarkan kosong.
  • Tick "I AGREE AND UNDERSTAND OF THE TERMS & CONDITIONS"
  • Klik "PLACE ORDER AND PROCEED PAYMENT"

Maklumat pembayaran dan pengambilan emas

Pengesahan pembelian emas public gold

  • Sistem akan keluarkan paparan "success" jika order belian emas sudah berjaya.
  • Pilih "payment method" dan klik "Proceed"

Pilih Payment Method dan klik "PROCEED"

Cara beli emas pertama #3 – Selesai Pembelian Emas

CARA 1: BUAT BAYARAN KE PUBLIC GOLD

Langkah 1: Buat Bayaran ke Akaun Public Gold

  • Maybank : Public Gold Marketing Sdn Bhd (5071 3410 4563) Atau
  • Public Bank Berhad : Public Gold Marketing Sdn Bhd (3167 520 833)
  • Selepas payment di buat, sila "uploadbukti pembelian dengan menekan butang "browse.."
  • Klik "Upload File"

sila "upload" bukti pembelian dengan menekan butang "browse.."

  • Selepas upload bukti belian telah berjaya, sila tunggu staff proses. Sistem akan beri notifikasi secepat mungkin selepas upload bukti belian.
  • Jika belum lampirkan bukti belian, anda boleh lampirkan bukti belian kemudian.
  •  Caranya: Login ke www.publicgold.com.my. Klik "My Order" dan pilih pilihan ID (CSO) order yang diingini

Pilih My Order dan pilih CSO number untuk upload bukti belian

  • Pastikan order adalah tepat dan betul
  • Pilih Payment.
  •  Klik "Proceed" untuk upload bukti belian.

Contoh CSO Order details

CARA 2: BUAT BAYARAN KE PUBLIC GOLD

Langkah 1: Buat Bayaran ke Akaun Public Gold seperti yang tertera di "pengesahan pembelian". 

  • Maybank : Public Gold Marketing Sdn Bhd (5071 3410 4563) Atau
  • Public Bank Berhad : Public Gold Marketing Sdn Bhd (3167 520 833)

Langkah 2: Hantar Detail ke Public Gold dan Lampirkan bukti bayaran

Langkah 3: Anda akan terima pengesahan bayaran dari Public Gold seperti dalam gambar di bawah.

Langkah 4: Hubungi Cawangan Public Gold berdekatan untuk pengambilan emas.

Klik Sini : Senarai Cawangan Public Gold Seluruh Malaysia

**Pastikan anda membawa IC dan simpan baik-baik resit original supaya mudah berurusan semasa pengambilan emas anda.

Salam Kekayaan & Kejayaan !

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Comments are closed.

error: Content is protected !!
WhatsApp chat