5 Ciri-Ciri Yang Ada Pada Seorang “People Pleaser”

Simpanan Untuk Pendidikan Anak-Anak
June 14, 2019
Orang yang menyenangkan dengan kata lain "People Pleasing" boleh menjadi masalah yang serius. 
 
Dan ia adalah tabiat yang amat susah untuk dipecahkan.
 
Kita selalu dapati dalam lingkungan samada semasa bekerja, di kampus atau masyarakat sosial. 
 
Berikut adalah 5 ciri-ciri orang yang "try hard" untuk senangkan hati semua orang:
 
1. Berpura-pura bersetuju dengan semua orang.
 
Sentiasa bersetuju dengan semua perkara walaupun pendapat itu tak disenanginya.
Takut akan pendapatnya tidak diterima.
 
2. Tidak mengakui perasaan sendiri terluka.
 
Tidak perlu ‘terlalu’ menjaga perasaan seseorang semata-mata kerana ‘kasihan’ atau ‘tak sampai hati’.
Belajar untuk katakan tidak sekali-sekala, dan ketahuilah kita berhak untuk melakukannya. 
 
3. Takut untuk kata "tidak".
 
Kita tak boleh kata ya untuk semua perkara dan takut untuk mengatakan tidak.
Jika ini tabiat yang ada, kita tidak akan mencapai matlamat apabila tidak boleh bersuara untuk diri sendiri.
 
4. Perlu pujian untuk merasa baik.
 
 Jika nilai diri terletak sepenuhnya pada apa yang orang lain berfikir tentang diri kita sendiri,
kita hanya akan berasa baik apabila orang lain memuji dengan pujian.
 
5. Berasa tidak selesa jika seseorang marah kepada kita.
 
Hanya kerana seseorang memarahi, tidak bermakna kita melakukan kesalahan besar.
Jika hanya fikir seseorang yang tidak senang dengan kita, kita mungkin akan berkompromi dengan nilai diri sendiri.
 
Bak kata Tehyi Hsieh "Lean too much on other people’s approval and it becomes a bed of thorns.” 
 
Kita tidak akan mencapai potensi terbesar, jika kita cuba untuk menjadi semua perkara kepada semua orang.
 
Begitulah.
 
 Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
WhatsApp chat