5 Panduan Main Kutu Dalam Pelaburan Emas Yang Patuh Syariah

Bermula RM100 Dan Topup Emas GAP Boleh Join Lucky Draw Emas Bernilai Total RM100k
November 27, 2017
8 Rahsia Dekati Wanita Independent. Ada Caranya !
November 30, 2017

Cara main kutu yang saya ingin kongsikan kali ni adalah dengan menggunakan Syariah Easy Payment Purchase (EPP) yang diperkenalkan oleh Public Gold.

Dalam pelaburan emas Public Gold, kita boleh manfaatkan kaedah bayaran ansuran.

Monthly Payment Lebih sistematik, konsep bayar untuk diri Sendiri secara bulanan dan akhir sekali dapat miliki emas. Best kan?

Jika boleh “tolong” simpankan RM200-RM500 untuk orang lain kenapa tidak untuk diri Sendiri?

1. Set Target berapa gram ingin dicapai dalam tempoh 4 bulan

Untuk pelabur emas dan penyimpan emas yang baru, letak target yang diingini contohnya, nak dapatkan emas 10gram, 1 dinar dan sebagainya.

Ikut target masing-masing. Yang penting kena ada target baru senang kita nak capai dan miliki emas tersebut.

2. Asingkan duit terus duit gaji/bonus untuk buat bayaran bulanan pertama kepada emas.

Bila dah dapat gaji, terus asingkan 10% bukan biarkan dalam bank lama-lama takpun pergi shopping dulu, baru simpan. Kalau macam ni tabiat awak menyimpan, percayalah magnet menyimpan tak akan lekat. Dan awak susah nak menyimpan. Akhirnya tiada simpanan.

10 Perkara Kita Perlu Buat, Sebelum Kahwin

3. Catatkan amount yang telah di bayar dalam bentuk Jadual secara bulanan

Katakan awak dah commit setiap bulan nak bayar kutu emas RM200, jadi awak buat Jadual setiap bulan mesti bayar RM200 untuk kutu emas Sendiri. MESTI !

4. Pastikan disiplin dalam menyimpan emas

Dah ada komitmen dalam menyimpan, mestilah disiplin. Apapun kejayaan orang yang menyimpan adalah kepuasan bila dah disiplin dalam menyimpan.

Tak pernah lagi saya jumpa orang susah hati simpan emas. Kalau ada tu, jenis tu mesti belum faham betul-betul konsep emas yang sebenarnya.

Sebab orang yang simpan emas ni, ketagihan dia nak kumpul emas lagi banyak. Makin banyak, makin berharta. Dan kalau tak ada duit nak beli emas, dia akan usaha cari macam mana sekalipun untuk beli emas.

5. Ambil emas di mana-mana cawangan Public Gold berdekatan

Dah habis bayar segala komitmen selama 4 bulan dalam main kutu emas, boleh la ambil emas dan selfie bebanyak dengan emas tu.
Tahniah, awak dah buktikan awak juga boleh simpan dan miliki emas. Power dan mantap !

Anda Juga Mungkin Menyukai:

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
WhatsApp chat