5 Teknik Gerila Capai Target Gram Untuk Hati Tisu

Masih Keliru Antara Simpanan Emas Atau Pelaburan Emas ?
September 6, 2017
Sidang Media Lakar Sejarah Kerjasama Antara Pos Laju Dan PG Mall
October 17, 2017

Saya beri tips untuk hati tisu, sebab mereka ni antara golongan yang sangat sayang duit dan susah untuk konsisten simpan emas. Ok, senang je sebenarnya. Baca tips di bawah dan aplikasikan secepat mungkin.

Berapa awak nak capai dalam setahun bergantung seberapa disiplin awak menyimpan.

1. Tutup semua akses online shopping jika hendak capai target yang diingini.

Awak nak simpan emas, tapi tangan masih lagi gatal scroll scroll instashop online, usya dress, usya palazzo, tudung bawal, saji shawl dan lain-lain

padahal awak tak perlu pun, tapi awak nak juga beli.

sebab awak cakap “alaa, nanti dah kurus boleh pakai, apa salahnya beli…” tapi awak tak tahu bila awak kurus. Camner tu?

Dah membazir kat situ kalau tak, RM190 dah boleh dapat 1 gram emas. Sayang kan?

2. Katakan tidak, bila ada orang ajak “ala, window shopping je..”

Selalunya mesti “kalah” juga. Kan? Tahu dah. Dah namanya perempuan, kalau ajak window shopping je, confirm kat tangan mesti ada satu beg plastik.

Belanja secara tak sengaja. Dan terbocor pula.

Sekali takpe, ni kalau setiap hari window shopping, boleh koyakk juga pokettt mak dara ni cik kak. hehe

3. Letak kata semangat di tempat selalu nampak “SAYA MESTI CAPAI 10GRAM PERTAMA”

Ni terbukti tau, sebab kata-kata semangat secara tak langsung merangsang semangat untuk capai impian.

Secara tak langsung awak akan cuba beribu cara untuk capai 10gram pertama tu.

Bila dah capai, feeling dia macam makan ayam goreng. Eh! Tak tak..feeling dia macam kita dah ada sebiji umah  macam tu la.

Kejayaan kecil, sebab berjaya miliki aset kecil dan berjaya simpan duit kepada bentuk emas !

4. Buat jadual. Ya, jadual.

Means setiap kali gaji atau duit bonus, asingkan dan tick pada ruangan.

Contoh: “SAYA BERJAYA SIMPAN 2 GRAM”

Dengan cara ni, kita boleh monitor berapa gram awak dah simpan emas.

5. Buat Tabung Denda.

Tabung denda ni kena ada.  Jika bulan tersebut tak disiplin simpan 1 gram. Denda diri sendiri ! RM50 atau RM10 masuk dalam tabung denda.

Letak denda yang kita rasa berat nak buat. Makin berat denda, makin disiplin awak simpan.

Cuba la buat.

Walaupun hanya simpan 1 gram sebulan, disiplin dan konsisten sangat penting.

Sebab tu ada yang capai target, ada yang tak capai. PENTING ni.

Awak, yang tengah baca ni dah mula simpan emas? Belum?

Cer cuba simpan dulu. 😉

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza | #aqilaaliredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
WhatsApp chat