8 Rahsia Dekati Wanita Independent. Ada Caranya !

5 Panduan Main Kutu Dalam Pelaburan Emas Yang Patuh Syariah
November 27, 2017
Dapatkan Penjimatan RM10 Produk Nestle Hanya Di PG Mall
December 7, 2017

Pikat hati wanita dengan pertanyaan, “Awak, tengah buat apa?” ini taktik lapuk, perempuan sekarang dah biasa dengan soalan-soalan begitu.

Mungkin ada yang suka mengorat dengan cara geli-geliman “fewwiit”. Ada yang suka, ada yang tidak. Ini sangat merimaskan bagi seorang wanita.

Golongan wanita yang tidak mahu didekati dengan cara begitu ialah golongan yang mementingkan kualiti. Sebab itu, wanita kebanyakannya masih lagi single, bekerjaya dan independent.

Golongan wanita yang berkeyakinan tinggi dan kreatif tak sama dengan wanita lain. Boleh dikatakan kumpulan golongan wanita ini golongan yang sofistikated dan berkayakinan tinggi.

Mereka bijak membawa diri. Tidak suka berada dalam dunia stereotaip dan sentiasa berfikir di luar kotak. Dengan kata lain, mereka melihat dunia dengan cara berlainan dan semestinya lebih fun dari orang lain dari sudut pandangan mereka.

CARA DEKATI WANITA SEBEGINI

1.Pandai Berjenaka Atau Buat “Lawak Pandai”

Wanita sangat terhibur dengan lelaki yang pandai buat mereka tersenyum. Kadang-kadang tak ada la kelakar mana, tapi cara sampaikan lawak tu kena dengan taste mereka. Kita sendiri dapat lihat kebanyakan wanita sebegini lebih tertarik dengan lelaki yang pandai berjenaka dan pandai buat lawak “pandai”.

2.Seorang Yang Fun, Adventure & Sentiasa Positif

Golongan wanita sebegini, seorang yang sentiasa gembira dengan apa yang dia miliki. Jadi, untuk tawan hati mereka cubalah jadi seorang yang fun and adventure seperti mereka.

Macam mana? Tanya lah pada mereka apa yang mereka suka buat. Hiking, Travelling, Berlari dan lain-lain yang sesuai dengan minat mereka.

Golongan wanita sebegini, tak ambil kisah sangat tentang gosip-gosip artis atau sebagainya, dan cuba mengelak kata-kata negatif dalam dirinya. Jadi, bila berhadapan dengan mereka, elakkan perkara-perkara yang negatif.

Apa yang anda rasa mustahil untuk buat, adalah sesuatu yang tak mustahil bagi mereka. Kerana mereka sentiasa yakin dengan diri mereka dan apa yang dilakukan. Mereka suka menginspirasi orang lain, kata-kata motivasi yang diberikan kadang kadang untuk mereka sendiri juga.

Haaa… sangat positif kan ?

3.Menunjukkan Minat Dalam Bidang Yang Diceburi

Wanita memang suka dirinya diberi perhatian tentang apa yang mereka lakukan. Mereka rasa dirinya dihargai. Meminati bidang yang sama juga merupakan satu bonus pada lelaki tersebut.

Menunjukkan minat yang sama dan pandangan yang sama menjadikan perbualan dan topik semakin menarik untuk dikongsi.

Jadi, kena tahu apa minat mereka dan ambil berat tentang apa yang mereka ceburi. Ni la peluang bagi lelaki untuk ambil hati wanita sebegini.

4.Sentiasa Buatkan Mereka Selesa

Topik perbualan dengan kelompok wanita sebegini adalah lebih terbuka. Terbuka tentang jantina namun ada batas-batasnya.

Jangan biarkan mereka rasa terasing dengan topik perbualan anda. Mereka mungkin cuba untuk masuk dengan topik anda, tapi bagi jenis wanita yang pemalu, lelaki harus beri mereka ruang untuk menyesuaikan dirinya.

Tapi selalunya, mereka ni sangat bijak kontrol keadaan dan bersifat natural agar tidak terlalu nampak tidak selesa dengan topik yang dibincangkan.

5.Hormati Satu Sama Lain

Wanita yang berkeyakinan tinggi ni, sangat menghormati orang yang sedang berhadapan dengannya, jadi sebagai seorang lelaki anda juga hormatilah mereka sebagai seorang wanita.

Walaupun seorang yang tetap pendirian, namun jika ada sifat saling hormat satu sama lain, lembut juga hati mereka tu. Jika mereka kelihatan sedang sibuk, usahlah memaksa. Bagi mereka ruang untuk selesaikan apa yang perlu.

Wanita mesti suka, anda seorang yang sangat memahami.

6.Utarakan Pandangan & Pendapat Dari Mereka

Wanita sentiasa suka bila anda meminta pendapat dan pandangan dari mereka, kerana mereka rasa pendapat mereka didengari.

Dengan kata lain, perhatian anda sangat sangat diperlukan, jadi pandai-pandaila kalau nak tanya pendapat tu. Pastikan kena dengan apa yang dia selesa nak berkongsi.

Maklumlah, perempuan ni ada masa-masa mereka teremosi berlebihan.

7.Hadiahkan Sesuatu Yang Tak Disangka

Dah namanya perempuan, memang suka kan kejutan dari lelaki. Berilah apa pun hadiah, tak mahal sangat just nice je contohnya belikan charm Aurora Italia yang kecil comel ni pun, dah cukup buat mereka bahagia.

Tak caya? Cubalah…hadiahkan.. Belum cuba, belum tahu. Boleh pilih kat sini "Aurora"

8.Tunjukkan Keseriusan

Golongan wanita sebegini tiada masa untuk melayan sikap anda yang sambil lewa ni mengganggu fokus mereka untuk capai matlamat dan cita-cita mereka

Mereka sebenarnya mencari seseorang yang boleh sama-sama merealisasikan impian mereka, sefahaman dan serasi bukan hanya sekadar “suka-suka”. Kerana mereka ni type wanita yang setia, serius dan bertanggungjawab serta pandai membahagiakan diri mereka sendiri.

Bila dah pandai bahagiakan diri sendiri, tidak hairan mereka juga bawa keriangan dan beri kebahagiaan dengan orang-orang sekitarnya. Agar turut rasa kebahagiaan yang mereka rasa.

Mereka tidak kisah sebenarnya, yang penting anda juga tahu matlamat apa yang ingin dicapai dan seorang lelaki yang sangat rajin dan sungguh-sungguh dalam apa yang diceburi. Contoh macam Fattah Amin dan Fazura. (sweet kan mereka? iklan sikit...hihi)

Berkahwin adalah keputusan paling penting yang mereka pernah buat apabila menemui seorang pasangan yang sangat serasi dan kena dengan jiwa mereka.

Akhir Kata,

Perempuan independent tak perlu lelaki beli dia dengan duit. Don't try to impress with your money. It is a major turn off. Kalau kacak tapi kasar pun tak boleh juga.

Cukup bagi tenaga, masa dengan komitmen sepenuh hati.,

Bila dah jumpa, terima la seadanya. Baik dan buruk seseorang itu. Layanilah dengan lembut, ikhlas. Anda pasti dapatkannya. Yang penting cubalah ambil hati mereka dulu. Kerana setiap orang mempunyai keunikan yang tersendiri.

Perempuan pun, jangan la..over sangat ya. Bagi la ruang sikit pada yang sudi tu.. ;)

Baca Juga:

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza | #aqilaaliredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
WhatsApp chat