Mei: Jadi Dealer Public Gold Dengan Harga Promosi !
May 2, 2018
Labur Masa Anda Dalam 13 Perkara Ini Ketika Usia 20-an
May 23, 2018

Akaun Emas GAP, dalam bahasa mudahnya macam kita simpan duit dalam akaun bank,  cuma Akaun Emas GAP ni kita simpan emas. Nama penuhnya Gold Accumulation Program aka Program Akumulasi Emas.

Dengan wujudnya GAP, semua orang boleh simpan emas secara sikit-sikit. Semua golongan tak kira masih bayi sehinggalah warga emas, semuanya boleh manfaatkan akaun emas GAP. Tak semua orang mampu beli emas 10 gram terus dengan harganya cecah RM1800++, jadi Akaun Emas GAP adalah inisiatif dari Public Gold untuk beri peluang ramai orang simpan emas dengan bajet paling minima serendah RM100.

Kita boleh kumpul emas sikit-sikit sampai gram yang besar.

Akaun Bank kita simpan RM,
Akaun GAP kita simpan emas fizikal.

Konsepnya "menabung sikit-sikit, lama-lama jadi bukit." Ada duit kita simpan, tak ada duit, kita cari duit lagi untuk simpan.

Untuk GAP, kita boleh mula menyimpan serendah RM100 atau ikut harga per gram hari tersebut. Sebagai contoh:

  • Kita simpan RM100, kita dah kumpul 0.5376 gram emas dalam akaun
  • Kita simpan RM186, kita dah kumpul 1 gram emas dalam akaun

Akaun Emas GAP ada yuran ke?

Untuk mula akaun emas GAP tiada yuran. Kita mula menabung emas serendah RM100, automatik aktif akaun emas dan dapat 0.5376 gram dalam akaun.

Akaun Emas GAP ni bawah Public Bank ke?

Tidak. Akaun emas GAP adalah dibawah syarikat Public Gold yang menjual emas dan perak terbesar di Malaysia.

Boleh Dapat Fizikal ke?

Akaun Emas GAP kita menabung 100% emas fizikal. Boleh keluarkan emas fizikal serendah 1 gram. Cuma tinggalkan 1 gram supaya akaun kekal aktif. Bila-bila nak simpan emas lagi, kita hanya tambah emas dalam akaun secara online.

Kalau Nak Mula Lebih Dari 1 Gram Boleh?

Tiada halangan untuk mula simpan emas lebih dari 1 gram. Semuanya bergantung pada kemampuan dan inisiatif setiap individu untuk mula menyimpan emas mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Nak Keluarkan Semua Emas Dari Akaun Boleh?

Boleh. Cuma akaun emas GAP dianggap tidak aktif dan pihak Public Gold beranggapan Akaun Emas telah ditutup. Untuk aktifkan semula akaun emas, dikenakan caj RM50 untuk buka semula akaun emas.

Siapa Yang Boleh Keluarkan Emas Dari Akaun?

Hanya "owner" Akaun sahaja yang boleh keluarkan emas. Tiada siapa boleh keluarkan emas bagi pihak pemegang Akaun. Ini bagi menjaga privasi dan keselamatan akaun emas tersebut.

Mesti Komit Setiap Bulan Menyimpan?

Tiada paksaan untuk menyimpan setiap bulan. Jika ada duit lebihan, kita hanya tukar 10% dari gaji dalam bentuk emas. Sebaiknya, konsisten menyimpan adalah lebih baik. 

Kenapa Cik Aqila Sarankan Akaun Emas GAP?

Banyak kelebihan akaun emas GAP, dan saya sendiri manfaatkan Akaun Emas GAP untuk dapatkan lebih penjimatan.

Contohnya: Untuk item kecil seperti 1 gram, kita boleh menyimpan dengan hanya RM186/gram, jika harga retail atau COD harganya jatuh RM250/gram. Bayangkan, bila kita buat pengeluaran emas dari Akaun Emas GAP, kita hanya bayar RM10 sahaja sewaktu pengeluaran emas.

GAP: RM186 + RM10 (premium) = RM196
Retail: RM250/gram

Beza: RM54 ! Banyak tu. (boleh buat makan tengahari ni..hehe)

*premium adalah kos penghantaran emas dari Turki ke HQ dan semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia.

Ok, saya dah faham Cik Aqila, Macam Mana Nak Mula?

Cara Buka Akaun Emas Untuk Dewasa

Cara buka akaun emas GAP untuk orang dewasa

Cara Buka Akaun Emas Untuk Baby

Cara buka akaun emas GAP untuk anak-anak bawah 18 tahun

Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Contoh: Whatsapp detail dan bukti belian

Tunggu PG emailkan “username” dan "password" untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my.

Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.

Tadaaa..dah dapat simpan emas dengan cara mudah ni. Senang je tau nak simpan emas dengan adanya akaun emas GAP ni.

Interface Akaun GAP

Ni interface akaun emas GAP yang setiap orang akan dapat dan boleh monitor emas semua dalam ni

Baca Lagi:

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza | #aqilaaliredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Comments are closed.

error: Content is protected !!
WhatsApp chat