Apa Itu “Spread” Atau Susut Nilai Emas?

Jenis Emas Terbaik Untuk Pelaburan
October 8, 2019

Susut nilai emas atau spread adalah perbezaan antara harga belian dan harga jualan emas. Susut nilai emas bukanlah bermakna emas anda mengalami susut nilai seperti wang kertas.

Tapi ia adalah kayu ukur untuk mendapat keuntungan maksima berdasarkan berat emas yang dibeli.

Berapa susut nilai emas Public Gold?

Susut nilai emas Public Gold adalah antara 6% sehingga 9% sahaja. Ini bermakna, jika harga emas naik lebih 9%, bermakna kita sudah boleh jual dan memperoleh keuntungan  dari segi RM.

Jika susut nilai lebih tinggi, bermaksud kita perlu ambil masa yang lama untuk peroleh keuntungan apabila kita nak jual emas.

Bagaimana cara mengira spred emas?

Cara mengira peratus spread emas adalah = Harga belian emas – harga jualan emas / harga jualan emas X 100

Sebagai contoh:

Kiah membeli emas Public Gold, yang beratnya 50 gram emas.

Harga belian: RM10 434 (refer gambar di bawah)
Harga jualan: RM 9 651 (refer gambar di bawah)

RM10 434 - RM 9651 = RM783
RM783 / RM10434 = 0.075
0.075 darab 100 = 7.5% ( ini adalah spread emas 50gram)

Spread Emas Public Gold

Bagaimana kiraan keuntungan simpan emas dari spread emas ini?
(Kita refer jadual emas terkini 7 May 2020 di bawah.)

Harga Emas 7 May 2020

Sebagai contoh:

Kiah dah simpan emas selama 5 tahun, 

Tahun 2015: Emas 50 gram berharga RM 8200 (merujuk harga jualan PG Sell)
Tahun 2020: Emas 50gram berharga RM 12,528 (merujuk harga jualan PG Sell)

Mengira beza kenaikan harga emas: RM 12,528 - RM8,200 = RM 4,328
Mengira peratus kenaikan harga emas selama 5 tahun: RM 4328 / RM 8200 * 100 = 52.7%

Jadi, kenaikan emas 50gram Kiah dah melebihi spread emas iaitu 7.5%

Jika Kiah ingin menjual emas 50 gram miliknya kepada Public Gold,

Kiah mesti lihat harga PG Buy terkini iaitu RM 11,609 (refer jadual dia atas PG Buy)
Peratus Keuntungan Kiah adalah: RM41.5% (masih tetap untung kerana melebihi spread emas 7.5%)

Kesimpulannya,

Pilih emas yang susut nilainya rendah lebih baik kerana spreadnya lebih kecil dan memegang emas lebih lama adalah lebih baik jika ingin keuntungan maksima seperti Kiah.

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
WhatsApp chat