Apa Yang Perlu Kita Ambil Tahu Tentang Inflasi?

Perbandingan Akaun Emas GAP Public Gold Dan Akaun Emas Bank
February 19, 2018
2 Perbezaan Beli “Gold Bar” Di Kedai Emas?
February 23, 2018

Apa itu inflasi?

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.

Apa faktor-faktor inflasi?

Inflasi Tarikan Permintaan

Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. lanya berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

Inflasi Tolakan Kos

Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.

Inflasi Bekalan Wang

Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku bilamana kerajaan sesuatu negara mengeluarkan bekalan wangnya tanpa had dan tanpa pengawasan daripada bank pusatnya. Wang yang banyak dan berlegar di pasaran akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk memastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa dan dikawal dengan baiknya oleh bank pusat.

Inflasi Pentadbiran Harga

Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran.

Inflasi Yang Diimport

Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan mentah seperti petroleum, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau tidak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada negara pengeksport. Oleh yang demikian, bagi mengurangkan tekanan inflasi jenis ini adalah lebih baik negara berkenaan menggunakan sumber bahan mentahnya sendiri bagi mengekang inflasi jenis ini.

Jangkaan Pengguna

Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Apa kesan inflasi?

Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.

Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerja- pekerja yang berpendapatan tetap.

Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

Contoh jelas kesan inflasi…
Dulu2 karipap satu biji seposen…pastu naik sikit, 1 biji 20sen. Sekarang dah jadi 3 seringgit…

Langkah membendung inflasi

Mengawal permintaan

Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.

Mengawal bekalan

Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupa-kan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.

Polisi ekonomi makro

Tindakan kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran yang cekap untuk menentukan halatuju pembangunan negara.

Tukarkan separuh RM kepada Emas

Kerana emas salah satu aset yang tahan inflasi. Melindungi duit dari terus susut dimakan inflasi. Emas ibarat insurans kepada duit kertas, jika kerajaan memerintahkan RM tidak boleh digunakan lagi, kita tetap ada emas untuk mulakan hidup baru. Kerana emas diterima di seluruh dunia.

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza 

 

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
WhatsApp chat