Cara Kira Keuntungan Dari Emas

Apa Itu “Spread” Atau Susut Nilai Emas?
May 7, 2020

Apabila kita sudah menyimpan emas sekian lama bertahun, mari kita lihat bagaimana cara kira keuntungan dari hasil  simpanan kita.

Contohnya saya ambil item 50gram. Kita lihat perbezaan harga antara tahun 2015 hingga tahun 2020.

(Kita refer jadual emas terkini 7 May 2020 di bawah.)

 

 

Harga Emas 7 May 2020

 

 

Sebagai contoh:

  • Cara Kira Keuntungan dari segi kenaikan harga emas 50gram,

Kiah dah simpan emas selama 5 tahun, 

Tahun 2015: Emas 50 gram berharga RM 7,323 (merujuk harga jualan PG Sell 2015) (tiada dalam gambar)
Tahun 2020: Emas 50gram berharga RM 12,550 (merujuk harga jualan PG Sell 2020)

Cara Kira Keuntungan dari Kenaikan Harga Emas simpanan Kiah adalah seperti berikut,

Mengira beza kenaikan harga emas: RM 12,550 – RM7,323= RM 5,227

Jadi, secara tak langsung simpanan keuntungan dari segi kenaikan harga emas 50gram Kiah adalah sebanyak RM5,227.

RM5,227 bukan bila Kiah jual balik ya. Ini hanya keuntungan dari segi kenaikan  harga emas. 
Mengira peratus kenaikan harga emas selama 5 tahun: RM 5,227 / RM 7323 * 100 = 71.37% (Banyak tu!)

  • Cara Kira Keuntungan dari segi jual balik emas 50gram,

Jika Kiah nak jual emas 50gram, perkara pertama Kiah kena perhatikan adalah

  1. Spread

Spread penting untuk dapat maksima keuntungan dari segi jual balik. Spread Emas Public Gold 50 gram adalah 7.5%

Jika kita lihat, kenaikan emas 50gram Kiah dah melebihi spread emas iaitu 7.5% .
Jika Kiah ingin menjual emas 50 gram miliknya kepada Public Gold,

Kiah mesti lihat harga PG Buy terkini iaitu RM 11,609 (refer jadual di atas PG Buy)

Cara Kira seperti berikut: RM 11,609 (PG Buy) – RM7,323 (PG Sell Tahun 2015) = RM4, 286

Kiah untung RM4,286! dari jual balik emas yang disimpan.

Kesimpulannya,

Pilih emas yang susut nilainya rendah lebih baik kerana spreadnya lebih kecil dan memegang emas lebih lama adalah lebih baik jika ingin keuntungan maksima seperti Kiah. Lebih lama simpan, maka lebih baik.

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
WhatsApp chat