Gegadis Semua, Saya Kongsikan 10 Perkara Kita Perlu Buat Sebelum Kahwin

Bagaimana Saya Dapatkan 1 Gram Kraton Dengan Cara Jimat ?
September 2, 2017
2 Faktor Semasa Yang Mempengaruhi Harga Emas
September 6, 2017

Bagi yang masih single, saya kongsikan 10 perkara ini untuk lebih bersemangat menjalani kehidupan "single" sebelum berkahwin.

1. Kawal Nafsu Berbelanja

Berbelanja tak salah, tapi salah bila semuanya kita nak beli.

Nak tudung neelopak, paredi, ariatu, guccis, pradass dan lain-lain. Kalau boleh nak beli satu bangi sentral tu, dalam butik tu.. sabar.

Mesti bijak buat pilihan, mana satu keperluan dan mana satu keinginan (nafsu)

2. Bekerjaya

Seorang wanita, berkerja dan ada kerjaya sendiri ini bonus. Bila dah berkahwin pun ni dapat bantu pasangan juga nanti.

3. Buat simpanan

Buat seberapa banyak simpanan, simpanan emas, ASB, TH, kecemasan dan lain-lain sesuaikan dengan keperluan.

Simpan, simpan, simpan.

Tangguhkan dulu niat nak pergi melancong jauh-jauh ala-ala hipster terutama yang masih belajar dan baru-baru bekerja.

melancong dalam Malaysia pun cantik, kan? Tak gitu?

Baik belajar memyimpan. Kita tak perlu semua tu hanya nak tunjuk pada orang, sedangkan simpanan sendiri tiada. Kesian diri sendiri dulu, tak ada simpanan.

Masa bujang la, masa terbaik simpan sebaiknya 20% - 30% simpanan. Paksakan, lama-lama terbiasa.

4. Ambil Insurans Kesihatan

Yang ni juga penting coverage kesihatan, kita tak tahu kita sakit bila. Minta dijauhkan. Tapi kia mesti bersedia dari sekarang.

Sama macam menyimpan, sikit-sikit dulu, lepastu tingkatkan. Ikut kemampuan.

5. Jaga Penampilan & Kesihatan

Jaga penampilan, bukan maksud saya suruh pakai makeup 6,8 inci berlapis macam buat kek lapis.

Dan mesti nak kena beli barang makup kat sephora semua tu.

Tidak.

Cukup sekadarnya. Lain orang lain cara. (ada orang suka pakai bedak je, lipstik je, mascara je..haa, terpulang ikut cara sendiri..ok?)

Boleh consult dengan pakar imej memasing. Jika mahu.

Dan jangan lupa jaga kesihatan dan bersukan. Kurus tak semestinya sihat, dan gemuk tak semestinya sakit. Amalkan pemakanan seimbang. Boleh rujuk mana-mana consultant bab pemakanan.

6. Belajar seberapa banyak ilmu kewangan, emas, pelaburan, bisnes dan hartanah

Ya, upgrade diri dengan ilmu.  Perempuan zaman sekarang, mesti bijak bab ni. Bukan untuk miliki jejaka idaman hati, tapi untuk memajukan diri sendiri juga.

Ilmu penting. Sangat penting.

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan.(Sayidina Ali bin Abi Thalib)

7. Belajar buat bisnes sampingan

Tak kira la kita gaji besar sekalipun, buat bisnes kecil-kecilan contoh, dropship ke, seller ke, dealer Public Gold ke personal shopper ke. Tak kisah.

Kita akan belajar dari pengalaman seiring masa.

Dan kita tak tahu apa akan jadi sekurang-kurangnya kita dah ada backup kerjaya. Ini penting wahai gadis dan wanita.

8. Banyakkan Sedekah dan Istighfar

Perbanyakkan sedekah dan istighfar, Petua murah rezeki dan dipermudahkan urusan. In Shaa Allah, yakin saje Allah ganti belipat kali ganda. In shaa Allah

9. Utamakan Ibubapa

Doakan mereka, in shaa Allah semua urusan kita dipermudahkan

10. Dalami Ilmu Agama.

Sentiasa perbaiki diri dan dalami ilmu agama sebanyak mungkin.

Selain itu, menuntut ilmu bukan sahaja menuntut ilmu tetapi dalam islam sesiapa menuntut ilmu akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah swt sebagaimana sabda jujungan saw.

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

Jadi gadis bijak masa kini bina harta. Harta dunia dan bekalan akhirat. Bukan untuk "impress" bakal suami, ni persiapan dalam suka duka akan datang.

Apa-apa jadi kita dah tahu apa nak buat.

Oh ya, kereta bukan harta. Harta adalah emas, rumah dan tanah. (Kalau tak caya tanya tuk nenek kita harta bagi mereka tu apa)

Wahai perempuan, sayangi dirimu. Kamu hebat, kamu bijak. Kamu insan istimewa, tapi lebih indah bila ada pasangan buat sama-sama.

Yang dah ada pasangan beritahu pasangan.

Yang bujang. Lets make it happen. You can do it girls !

Sekian. Moga bermanfat untuk semua.

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza

Klik di imej bagaimana untuk dapatkan koleksi limited edition Aurora ini atau screenshot whatsapp kat 019-3796503.

Klik di imej bagaimana untuk dapatkan koleksi limited edition Aurora ini atau screenshot whatsapp kat 019-3796503.

Klik di imej bagaimana untuk dapatkan koleksi limited edition Aurora ini atau screenshot whatsapp kat 019-3796503.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Klik Link Sini: Cara Buat Belian Aurora 

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

1 Comment

  1. Alhamdulillah thank you kak Aqila, such amazing tips. May Allah bless you always

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
WhatsApp chat