Jangan Abaikan 5 Faktor Ini Sebelum Beli Emas

Februari: Jadi Dealer Public Gold Dengan Harga Promosi !
February 8, 2018
Saya Share 11 Ciri-Ciri Wanita Bijak Urus Kewangan Mereka
February 17, 2018

Untuk memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas, kita mesti pertimbangkan 5 faktor penting sebelum buat sebarang belian emas.

Saya kongsi 5 faktor tersebut:

1.Spread @ Susut Nilai Emas

Perkara paling penting yang ramai orang ambil remeh adalah berkenaan spread. Bagi seorang pelabur emas yang buat belian emas kilo-kilo, spread amat penting bagi mereka untuk memaksimumkan keuntungan mereka.

Spread @ susutnilai bermaksud perbezaan diantara harga belian dan jualan emas. Ia boleh dikira melalui 2 cara iaitu:

Formula Pengiraan Susut Nilai

  • Formula sustnilai dalam RM = Harga Jualan - Harga Belian
  • Formula susutnilai dalam % = (Harga jualan - Harga Belian) / Harga Jualan * 100%

Contoh: 

Untuk 10 gram emas:

Formula 1 = RM1826 - RM1661 = RM165
Formula 2 (dalam %) = (RM1826 - RM1661) / RM1826 * 100 = 9%

Susut nilai juga dipengaruhi oleh berat emas, semakin berat emas semakin kecil susut nilai.

Jadi, untuk memaksimumkan keuntungan, pilih item emas yang  terendah dan bersesuaian dengan budget.

2.Harga Emas Per Gram

Pilih harga emas pergram terendah untuk memaksimumkan keuntungan. Sebagai contoh, kedai emas akan kenakan upah tukang atau workmanship. Jadi kita perlu campurkan kos ini untuk dapat harga per gram yang sebenar.

Upah tukang yang dikenakan di kedai emas selalunya RM100++

Untuk item emas Public Gold, emas Public Gold tidak kenakan kos upah tukang untuk semua jongkong emas. Sebaliknya hanya kenakan kos pengangkutan untuk jongkong emas ikut berat jongkong emas tersebut.

Contoh:

Emas Public Gold untuk item 10 gram bersamaan RM1826 + rm 15 = RM1841

3. Kesediaan Stok

Kesediaan stok ni bermaksud, beli emas yang kita nak ikut harga semasa dan penjual ada stok.

Tak guna jika harga turun, tetapi stok tiada. Jikatak dapat stok serta merta pun, at least penjual benarkan kita booking emas tersebut dulu ikut harga semasa. Bila stok dah sampai, kita boleh pergi ambil emas tersebut.

4. Diterima Ar-Rahnu

Ramai yang dah miliki emas tapi terlepas pandang tentang item tersebut diterima Ar-Rahnu atau tidak. Jika emas yang kita beli diterima arrahnu, kita rasa lega sebab bila berlaku kecemasan, kita boleh dapatkan tunai dengan kadar segera.

Untuk pengetahun, emas Public Gold boleh dipajak di Pos Ar-Rahnu seluruh Malaysia tanpa buka seal dan juga  boleh dipajak di Koperasi Dagang Emas (KDE).

5. Emas Tersebut Boleh Dijual Semula Jika Berlaku Kecacatan Padanya

Jika kita beli emas fizikal, terdapat risiko yang perlu kita hadapi seperti emas terjatuh dan kemek, tercalar, terguris atau bengkok. Mungki kita terpaksa buang sarung plastik emas dengan pisau sebab kita nak gadai atau jual.

Jika berlaku perkara-perkara tersebut, kita kena lihat samada penjual potong harganya pada kadar lebih tinggi, atidak terima terus emas tersebut atau terima semula belian emas tanpa cerewet.

Bagi emas yang dijual oleh bank, mereka TIDAK akan terima kembali emas tersebut jika terdapat kecacatan pada emas tersebut. Termasuklah jika emas tu terguris, calar, kemek, bengkok. Jadi, jika beli emas di bank, risiko tidak boleh jual balik adalah besar jika berlaku masalah ni.

Emas Public Gold, satu-satunya jenama emas yang menerima emas tanpa cerewet walaupun terdapat kecacatan seperti di atas. Dan juga, emas yang tak diterima Ar-Rahnu lagi juga boleh dijual semula di Public Gold. Apa jenis dan jenama emas, semua Public Gold terima tanpa cerewet.

Akhir sekali, saya dah kongsi tentang 5 faktor terpenting sebelum buat belian emas. Sebagai seorang pelabur dan bakal pelabur, kita perlu teliti dan selidik untuk pastikan kita buat pilihan yang terbaik.

Secara tak langsung, dapat memaksimumkan keuntungan.

Salam Kekayaan & Kejayaan !

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
WhatsApp chat