Dalam pelaburan emas, samada kita sebagai pelabur atau penyimpan emas semestinya berhasrat untuk memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas.
Jadi pemilihan produk sangat penting, lebih-lebih lagi bagi pelabur emas. Kerana yang penting bagi mereka adalah ROI, penambahan RM dan keuntungan bila jual balik.
Terdapat pilihan gold bar dan dinar emas di Public Gold.
Di sini saya kongsikan antara item yang sesuai. Jenis emas pelaburan yang terbaik adalah:
2 Kelebihan Item tersebut:
Spreadnya rendah iaitu cuma 6% – sila rujuk carta perbandingan spread emas Public Gold yang saya sediakan tu.Spread rendah maksudnya kita akan dapat lebih CEPAT untung berbanding emas yang spreadnya tinggi. Katakanlah harga emas naik 10%, pembeli gold bar 250gram dah dapat untung 4% (10% – 6% spread) berbanding pembeli 5 Dinar emas yang cuma untung 2% (10% – 8% spread) jer.Saya perhati, item 250gram dan 1kilo paling banyak permintaan bagi pelabur emas. Gold bar 10 gram, 5 Dinar atau 10 Dinar agak kurang permintaan, mungkin sebab spreadnya lebih tinggi. Saya nasihatkan, jika memang bajet sekitar 50k++ atau 200k++, pilih item gold bar dari Dinar emas 10dinar. Bagi pelabur emas sederhana, boleh pilih 100gram emas berbanding 10 Dinar emas. Pengiraan spread ialah (Harga Jualan – Harga Belian) bahagi dengan Harga Jualan. Kemudian, darab dengan 100. Contoh Peratus spread harga emas bagi emas 250gram = RM51756 – RM48651 / RM51756 X 100% = 5.9% (genap jadi 6%)
Kesimpulan untuk pilih jenis emas terbaik untuk pelaburan emas :
Setiap jenama emas dan syarikat emas, mempunyai spread harga yang berlainan. Jadi, pelabur yang bijak akan mengira spread harga emas dan membuat perbandingan peratus spread emas bagi syarikat emas yang berbeza dengan memilih syarikat emas yang dapat memberikan spread harga emas terendah.
Kebiasaannya, kedai emas hanya memaparkan harga jualan semasa emas sahaja tetapi tidak memaparkan harga belian emas. Jadi harga belian emas di kedai emas adalah mengikut harga tauke emas di mana biasanya susut nilai atau spread harga emas di kedai emas adalah sekitar 20% hingga 25%.
Jadi perkara pertama sebelum melabur emas adalah mengira dan membandingkan spread setiap produk emas selain faktor-faktor lain seperti harga emas, ketelusan harga emas mengikut harga emas dunia, perubahan harga emas semasa, kemudahan membeli emas serta menjual emas, kekukuhan serta kesahan syarikat emas dan sebagainya.
Pada pendapat saya produk emas paling baik untuk pelaburan emas adalah 250gram atau 1000gram. Jika anda bermodal sederhana jenis yang paling sesuai adalah 100gram dan jika bermodal kecil jenis terbaik adalah 1 dinar emas.
Jika anda bermodal besar,jenis emas yang paling sesuai adalah gold bar 250g & 100gram yang mempunyai spread hanya 6%
Kayu ukur sesuatu pelaburan ialah peratusan return on investmentnya (ROI), bukan nilai ringgitnya.
Salam Kekayaan & Kejayaan !
Penulis,
Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza