LBMA Tu Penting Ke Dalam Emas?

Kenapa Emas Public Gold Murah Dari Harga Pasaran?
March 11, 2017
4 Cara Beli Emas Terus Jadi Dealer Di Public Gold
March 31, 2017

Apa Itu LBMA?

LBMA nama panjangnya adalah London Bullion Market Association. LBMA merupakan badan yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia.

LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional.

LBMA ialah persatuan perdagangan antarabangsa, yang mewakili pasaran London untuk jongkong emas dan perak yang mempunyai asas pelanggan di peringkat global.

LBMA ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh ‘Bank of England’ dengan keahlian sehingga kini sekitar 145 syarikat dari 21 buah negara seluruh dunia dari pelbagai sektor antaranya pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang.

Antara syarikat yang diakreditasikan oleh LBMA adalah syarikat pengeluar emas dan perak terbesar Turki dan merupakan satu-satunya syarikat pengeluar emas di Turki yang tersenarai LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri, NMR.

Siapa Nadir Metal Rafineri, NMR?

Nadir Metal terletak di Istanbul, Turki. Pengasasnya merupakan seorang usahawan Islam di Turki, Nadir Tütüncü.

Memulakan perniagaan scrap gold sejak tahun 1967. Pada tahun 1993 beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti.

Nadir Metal Refinery merupakan syarikat pertama Turki yang disenaraikan sebagai ahli LBMA – London Bullion Market Association iaitu pada Disember 2011 untuk emas dan Jun 2012 untuk perak.

Dengan adanya LBMA emas Public Gold diakui di seluruh dunia. Jadi, tak hairanlah bila kita bawa emas Public Gold di merata dunia pun, mereka ambil tanpa ragu.

Public Gold Pilih Jalin Kerjasama Dengan Nadir Metal

Dan disebabkan Nadir Metal merupakan ahli LBMA, jadi Public Gold memilih untuk bekerjasama Nadir Metal menjadi pengeluar emas Public Gold.

Untuk lihat emas Public Gold, sama ada tulen atau tidak, kita boleh semak di bahagian belakang sijil emas Public Gold seperti dalam gambar.

Setiap emas yang ada lambang LBMA dan Nadir Metal Rafineri, semua emas tersebut bebas dari GST. Mendapat pengecualian GST sepenuhnya.

Jadi belian emas kita lebih jimat 6%. Beruntungnya penyimpan dan pelabur emas Public Gold.

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever In History Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
WhatsApp chat