Masih Keliru Antara Simpanan Emas Atau Pelaburan Emas ?

2 Faktor Semasa Yang Mempengaruhi Harga Emas
September 6, 2017
5 Teknik Gerila Capai Target Gram Untuk Hati Tisu
September 19, 2017

Hai semua jutawan emas sekalian, ya, kamula yang tengah baca artikel saya ni.

Saya dapati ramai masih keliru antara pelaburan dan simpanan emas. Banyak betul tanda soal kat kepala tu. Kan ? Betul kan?

Aku ni buat simpanan ke pelaburan sebenarnya, konfius la…?” ni la contoh bagi yang baru kenal emas. Tak dapat beza. Yela, masih newbisss kan. ( Normal, saya macam tu juga mula-mula dulu. )

Apa yang saya kongsikan di sini adalah ilmu yang saya belajar melalui mentor-mentor emas di seminar-seminar emas yang disediakan Public Gold secara percuma.

Jadi, saya bantu rumuskan dengan kaedah paling simple supaya mudah nak faham. Ok?

Secara umumnya,

Simpanan Emas: Sesuatu yang disimpan. Sesuatu yang disimpan dan digunakan apabila diperlukan.

Pelaburan Emas: Jumlah (wang) yang dilaburkan dalam sesuatu usaha niaga. Sesuatu yang dibeli dengan harapan akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

Penyimpan emas: Berpendapat simpanan dalam bentuk emas lebih baik daripada wang tunai atas sebab-sebab berikut:

  • Untuk mengelakkan kebocoran wang: Bila ada wang, maka hati asyik nak belanja sampai habis. Jadi, risau wang cepat habis, maka lebih baik tukarkan wang simpanan menjadi emas. Selamat dari masalah kebocoran wang.
  • Berniat menyimpan emas untuk jangkamasa panjang. Bila ada keperluan di masa hadapan, barulah tukar emas menjadi tunai. Kerperluan yang dimaksudkan adalah tabung universiti anak, tabungan ke Mekah, tabungan membeli rumah,atau pusingan modal bisnes. Kalau tiada keperluan maka tak perlu tukar jadi tunai.
  • Penyimpan emas sifirnya mudah sahaja. Ada duit lebih, tukar jadi emas. Lepastu mesti nak simpan elok-elok.
  • Sebagai seorang penyimpan emas, konsisten sangat penting dan pertambahan gram sangat penting.

Pelabur emas: Berpendapat mendapat keuntungan daripada aktiviti jual beli emas di dalam satu jangka masa tertentu.

Ciri-ciri seorang pelabur emas seperti berikut:

  •  Emas dilihat sebagai pelaburan yang setaraf ASB, unit trust, hartanah dan sebagainya.
  • Melihat peratus kenaikan harga emas untuk satu jangkamasa tertentu seperti 6 bulan, setahun atau lebih.
  • Membeli emas ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga tinggi bagi mendapat keuntungan.
  • Aktif membaca berita tentang pasaran emas semasa bagi mendapatkan gambaran trend pergerakan harga emas dan sentimen pasaran.
  • Bila beli emas, berdoa agar emas cepat-cepat naik esok supaya cepat untung.
  • Bila jual emas, berdoa agar emas jatuh supaya boleh beli balik dengan harga rendah.
  • Jika berhasrat menjadi seorang pelabur emas, anda perlu menguasai 2 ilmu penting iaitu: Ilmu analisis teknikal harga emas dan Ilmu analisis fundamental harga emas

Samada sebagai simpanan atau pelaburan, kita perlu memiliki mind set yang betul dan ilmu yang betul. Jadi, saya ringkaskan ke dalam bentuk gambar seperti di bawah:

 

Konklusinya, saya berharap dengan perkongsian ini, kamu semua dapat mengetahui perbezaan antara simpanan dan pelaburan emas.

Jangan main hentam je. Fahami konsep ni betul-betul. Ok? Cayalah. Dah boleh mula beli emas dah. Yahooo!

Bagi penyimpan emas, saya cadangkan mula simpan emas dengan kaedah GAP. Klik sini kelebihan Program Gold Accumulation Program.

 

Sekian.

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: aqilaaliredza | #aqilaaliredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Comments are closed.

error: Content is protected !!
WhatsApp chat