Orang Muda, Perhatikan 5 Perkara Ini Elak Skim Cepat Kaya

Jongkong Emas BungaMas and Taifook 0% GST
May 27, 2018
Girls, Mesti Fahami 5 Ulasan Ini Apa Makna “Self-Care” Yang Sebenarnya
June 11, 2018

Ramai yang takut terjebak dengan skim-skim cepat kaya, saya kongsikan dengan anda, bagaimana untuk kenal skim cepat kaya.

1. Menawarkan pulangan tinggi tanpa sebarang risiko. Pulangan pelaburan skim pelaburan ponzi boleh mencecah 10% sebulan ataupun hingga 200% setahun.

Pulangan tinggi skim cepat kaya adalah luar biasa tinggi melebihi Amanah Saham Bank Rakyat atau pasaran saham indeks bursa malaysia. Pulangan tinggi ini akan disertakan dengan perjanjian tanpa risiko yang menyakinkan pelabur melalui kenalan pelabur dan sebagainya. Pulangan besar juga hanya diperolehi dalam bentuk nombor atau mata wang tertentu yang susah, bersyarat atau tidak dapat di tukar kepada mata wang Malaysia.

2. Ditawarkan komisyen yang tinggi apabila membawa rakan atau ahli keluarga untuk melabur.

Pemberian komisen adalah perkara biasa kepada agen, konsultan, perunding pelaburan, referral dan sebagainya tetapi skim pelaburan ponzi akan menjanjikan komisen atau insentif yang lebih tinggi. Setiap kemasukan orang baru akan diberikan intensif, bonus atau pairing kepada orang yang memperkenalkan orang baru tadi. Ia akan berlanjutan dan berantai dari satu peringkat ke satu peringkat atau dikenali sebagai skim piramid.

Skim penipuan ponzi selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, wang yang diterima dari ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada, apabila tiada ahli baru skim ponzi akan tutup atau sengaja di tutup oleh tuan punya skim tersebut setelah mencapai target kuntungan yang dikehendaki.

3. Menjanjikan pulangan tetap secara mingguan atau bulanan dalam tempoh tertentu.

Pendapatan tetap ini diberi berdasarkan jumlah pelaburan, lagi besar modal yang dilaburkan, lagi besar pulangan tetap bulanan tetapi mesti kurang dari modal pelaburan. Pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tetap adalah riba dan skim cepat kaya.

Ini kerana pelaburan di dalam Islam, tidak boleh dijamin keuntungannya. Samada, Mudharabah atau wakalah, mudharib dan wakil tak boleh memberi jaminan modal dan juga keuntungan.

4. Pelaburan tanpa produk atau produk bernilai lebih atau terlalu murah.

Dalam pelaburan emas fizikal, skim pelaburan emas palsu tidak memberikan produk emas semasa proses beli emas, hanya memberikan surat perjanjian atau kontrak pelaburan atau memberikan produk tetapi di pulangkan kepada syarikat untuk disimpan. Syarikat hanya memusing produk fizikal ini untuk ditunjukkan kepada pelabur lain pula. Skim pelaburan ponzi juga menjual produk pada harga yang luarbiasa sama ada harga terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Contohnya, jongkong emas 100g di jual dengan harga terlalu rendah seperti RM8000, tapi mesti bayar dahulu dan jongkong emas tertangguh atau di beri kemudian. Kali pertama membeli emas, mungkin akan dapat emas anda tapi kali kedua…mungkin hanya dapat resit sahaja. Urusniaga yang luarbiasa seperti pembelian yang terlalu tinggi atau terlalu rendah atau urusniaga bersyarat, itu adalah ciri skim pelaburan tipu.

Contoh pembelian emas bersyarat seperti pembelian emas dengan membayar sebahagian harga dengan syarat memajakkan emas itu di arrahnu dan wang pinjaman arrahnu di berikan kepada syarikat.

5. Menyakinkan pelabur dengan berlagak kaya, dokumen yang lengkap, di daftarkan antarabangsa dan syarikat yang berdaftar tetapi perniagaan mereka tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sudah menjadi suatu kelaziman dari dahulu, skim cepat kaya akan menarik pelabur melalui promosi lagak kaya dan menunjuk-nunjuk barangan mewah untuk menarik pelabur. Pelabur akan mudah terpedaya, terutama pelabur muda apabila di tunjukkan kejayaan mendapat barang mewah seperti kereta sport dan sebagainya dengan mudah. Agen skim cepat kaya biasanya akan mempromosikan pulangan lumayan yang mudah dah berahsia.

Skim cepat kaya sememangnya akan memberi kekayaan kepada pencipta/owner skim dan agen yang terawal tetapi memberi kesengsaraan kepada pelabur di bawah. Oleh itu jangan mudah terpengaruh dengan janji manis, sekalipun ianya daripada sahabat atau saudara mara. Mungkin mereka ikhlas untuk menawarkan kita peluang, tapi sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak sedar diri mereka sudah tertipu atau mungkin terpengaruh dengan pulangan komisen atau insentif downline yang menarik.

Jangan terburu-buru dengan ayat ‘peluang terbaik’, ‘tawaran terhad’ ‘anda bertuah’ dan sebagainya tetapi perlu fikir dahulu sebelum bertindak. Jika anda di beri tawaran yang luar biasa adalah lebih baik berfikir dan berbincang dan menyelidiki sebelum mengambil apa-apa tindakan terutama semak senarai syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.

Boleh rujuk sini senarai nama yang tidak sah dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak sah , senarai berhati-hati atau tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.

Dalam pelaburan emas fizikal yang sah seperti public gold, pelabur yang membeli emas akan terus dapat emas tulen yang di beli dengan harga murah mengikut pergerakan harga emas dunia.

Pelaburan emas fizikal yang sah, mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia dan tiada risiko kerugian adalah pelaburan emas public gold. Public Gold adalah seperti kedai emas iaitu membeli emas akan dapat emas tulen yang boleh di simpan dan sebenarnya Public Gold lebih baik daripada kedai emas kerana menawarkan harga emas yang murah, terbukti ketulinan bersijil, spread harga emas yang rendah, harga emas berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa, boleh jual beli emas secara online dan sebagainya.

Baca Lagi:

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza | #aqilaaliredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
WhatsApp chat