Perbandingan Akaun Emas GAP Public Gold Dan Akaun Emas Bank

Apa Beza Belian Secara Lock, GAP & Syariah Easy Payment Purchase
February 18, 2018
Apa Yang Perlu Kita Ambil Tahu Tentang Inflasi?
February 19, 2018

PERBANDINGAN AKAUN EMAS GAP DENGAN AKAUN EMAS BANK :

1. PERBANDINGAN SYARAT BUKA AKAUN EMAS

AKAUN SIMPANAN EMAS GAP :
Syarat membuka akaun emas program GAP ialah dengan membeli emas minima RM100 atau beli emas sebanyak 1 gram emas 24K sahaja dan terus menjadi ahli public gold.

Klik CARA MEMBELI EMAS PROGRAM GAP AUTOMATIK JADI AHLI PUBLIC GOLD untuk memahami cara membuka emas akaun GAP minima RM100 dan terus jadi ahli public gold.

AKAUN SIMPANAN EMAS BANK :
Syarat membuka akaun emas atau gold saving bagi :

Public Bank : Gold Investment Account (GIA) ialah membeli emas minima 20g.
Maybank :Gold Saving Passbooks Account (GSPA) ialah membeli emas 5gram.
CIMB bank : Gold Deposit Account (GDA) membeli emas minima 10 gram.
UOB bank : Gold Saving Account (GSA) ialah membeli emas minima 20gram.
KFH bank : Gold Account-I ialah membeli emas 10 gram.

*boleh semak dengan bank dari masa ke semasa

2.PERBANDINGAN KETULENAN EMAS SIMPANAN :

AKAUN SIMPANAN EMAS GAP :

Membeli dan menyimpan emas berketulenan 999.9

AKAUN SIMPANAN EMAS BANK :
Public Bank: Gold Investment Account (GIA) Membeli dan menyimpan emas berketulenan 999.9
Maybank: Gold Saving Passbooks Account (GSPA) Membeli dan menyimpan emas berketulenan 999.9
CIMB bank: Gold Deposit Account (GDA) Membeli dan menyimpan emas berketulenan 99.9
UOB bank: Gold Saving Account (GSA) Membeli dan menyimpan emas berketulenan 999.9
KFH bank: Gold Account-I Membeli dan menyimpan emas berketulenan 99.9

*boleh semak dengan bank dari masa ke semasa

3. PERBANDINGAN SYARAT MINIMA TAMBAH SIMPANAN EMAS :

AKAUN SIMPANAN EMAS GAP :
Belian minima emas untuk tambah simpanan akaun ialah RM100 atau 1 gram

AKAUN SIMPANAN EMAS BANK :
Public Bank: Gold Investment Account (GIA) Belian minima emas untuk tambah simpanan akaun ialah 5 gram.
Maybank: Gold Saving Passbooks Account (GSPA) Belian minima emas untuk tambah simpanan akaun ialah 5 gram.
CIMB bank: Gold Deposit Account (GDA) Belian minima emas untuk tambah simpanan akaun ialah 5 gram.
UOB bank: Gold Saving Account (GSA) Belian minima emas untuk tambah simpanan akaun ialah 5 gram.
KFH bank: Gold Account-I Belian minima emas untuk tambah simpanan akaun ialah 5 gram.

*boleh semak dengan bank dari masa ke semasa

4. PERBANDINGAN BAKI MINIMA AKAUN EMAS :

AKAUN SIMPANAN EMAS GAP PUBLIC GOLD :
Akaun emas GAP boleh keluarkan kesemua emasnya, Public Gold anggap kita mahu tutup akaun emas GAP. Jika mengambil kesemua simpanan sesuatu akaun akan tertutup.
Akaun emas GAP minima baki dalam akaun emas ialah 1 gram.

Minima pengeluaran emas serendah 1 gram emas. Terbaik ! bagi yang nak rasa emas sekecil 1 gram.

AKAUN SIMPANAN EMAS BANK :
Public Bank: Gold Investment Account (GIA) minima baki dalam akaun emas ialah 2 gram.
Maybank: Gold Saving Passbooks Account (GSPA) minima baki dalam akaun emas ialah 1 gram.
CIMB bank: Gold Deposit Account (GDA) minima baki dalam akaun emas ialah 1 gram.
UOB bank: Gold Saving Account (GSA) minima baki dalam akaun emas ialah 10 gram
KFH bank: Gold Account-I minima baki dalam akaun emas ialah 2 gram.

*boleh semak dengan bank dari masa ke semasa

5. PERBANDINGAN PENGELUARAN EMAS FIZIKAL :

AKAUN SIMPANAN EMAS GAP PUBLIC GOLD :
Pengeluaran emas fizikal 999.9 sama ada jongkong emas atau dinar emas bagi pemengang akaun GAP boleh dilakukan bila-bila masa dimana sahaja DI SEMUA 20 CAWANGAN PUBLIC GOLD SETIAP NEGERI dengan hanya telefon mana-mana cawangan Public Gold dan meminta untuk mengeluarkan emas fizikal tanpa had.

AKAUN SIMPANAN EMAS BANK :
Pengeluaran emas fizikal bagi akaun bank susah untuk dilakukan kecuali akaun emas Gold Account-I, Kuwait Finance House KFH yang boleh mengeluarkan gold bar berketulenan 99.5 emas di cawangan bank Kuwait Finance House dengan permohonan dan syarat tertentu seperti syarat maksimum pengeluaran emas fizikal ialah 50 gram setiap tempoh 3 bulan.

6. PERBANDINGAN KEPATUHAN SYARIAH :

AKAUN SIMPANAN EMAS GAP :
Akaun simpanan emas GAP adalah pelaburan emas patuh syariah kerana public gold mempunyai gold bar 1 gram yang boleh diakad beli dan jual.

AKAUN SIMPANAN EMAS BANK :
Akaun simpanan emas bank dikhuatiri tidak patuh syariah kecuali akaun emas Gold Account-I, Kuwait Finance House KFH yang patuh syariah kerana dapat mengeluarkan emas fizikal.

Kaedah Belian Akaun Emas GAP telah diakui patuh syariah dari panel syariah Public Gold Amanie Advisor.

Baca: Cara Buka Akaun Emas GAP

Salam Kekayaan & Kejayaan !

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

1 Comment

  1. AliahRazman says:

    Such a good sharing! Love sangatttt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
WhatsApp chat