Jangan Abaikan 5 Faktor Ini Sebelum Beli Emas
February 9, 2018
Kelebihan Beli Emas Secara Ansuran EPP
February 18, 2018

Kata orang nak tengok wanita tu pandai kewangan tengok cara dia uruskan kewangan mereka. So, macam mana nak tahu? Saya share pada semua ciri-ciri wanita yang bijak urus kewangan mereka. Wanita ni jika dia jimat, dia memang jimat sungguh. Shopping pun sungguh-sungguh. Hehe.

Berikut adalah 10 perkara yang ada pada wanita ‘bijak urus  kewangan’.

1- Mereka Sangat Tetap Dengan Bajet Mereka

Perkara pertama , mereka tahu keperluan mereka, dan berapa kosnya. Malah mereka yang mempunyai banyak pendapatan boleh tahu berapa banyak yang mereka mampu untuk berbelanja. Mereka akan tetapkan bajet yang terbaik untuk diri mereka sendiri.  Sebaik sahaja mereka fokuskan berapa banyak yang mereka mampu untuk belanja pada sesuatu.

Mereka  “STICK TO IT” !

2- Matlamat Kewangan Mereka Tinggi Namun Dapat Dicapai

Mereka amalkan peraturan yang lazim dalam perancangan kewangan yang dipanggil Peraturan 50/30/20.

Ini menyatakan bahawa anda harus membelanjakan 50% pendapatan anda atas keperluan seperti makanan dan sewa dan 30% pada pembelian lain-lain dan sampingan - dan baki 20% harus pergi ke simpanan anda.

Secara teorinya, anda harus mempunyai cukup wang yang disimpan untuk berasa selesa jika berlaku kecemasan sekiranya anda kehilangan pekerjaan,  sakit parah, atau mengalami keadaan lain yang mengubah hidup.

Jumlah yang diperlukan untuk hidup adalah berbeza bagi setiap orang , tetapi cara terbaik untuk mula adalah dengan mengira perbelanjaan hidup selama enam bulan (segala-galanya dari sewa dan pembayaran kereta ke bahan makanan dan utiliti ).

Mempunyai sesuatu untuk dicapai adalah amat penting kerana ia akan memaksa anda untuk menyimpan, memberikan pertimbangan khusus kepada pembelian tertentu, dan membina aset positif untuk diri sendiri.

Berikan diri anda matlamat yang dapat dicapai dalam tahun ini, kemudian jangan berhenti hingga anda sampai di sana!

Tambahan pula, sesuatu yang semua wanita bijak kewangan tahu adalah salah satu cara terbaik untuk menjimatkan wang tambahan ialah dengan tambah “pendapatan pasif”.

3- Mereka Disiplin Dan Teliti Urus Kewangan

Mereka punya cita-cita mencapai kebebasan kewangan. Mereka menetapkan matlamat, displin, teliti dan sangat  pentingkan strategi kewangan mereka suapaya dapat diacapai. Jika tiada strategi bagaimana untuk mencapainya? Ini sama saja dengan pergi perang tanpa strategi.

Ibaratnya, kita sudah ada senjata lengkap, iaitu karier dan gaji yang dimiliki sekarang. Tapi kita tidak siapkan strategi saat pergi perang.

Wang yang kita dapatkan selama bekerja akan jadi sia-sia kerana tidak diurus dengan disiplin dan teliti.

Strategi seperti apa yang mesti kita siapkan? Urus Kewangan.Kita boleh guna teori 40% untuk keperluan bulanan, 30% untuk maksimum hutang, 10% untuk simpanan bulanan, 10% untuk investment, 10% untuk kecemasan.

Contoh di atas masih boleh dicorakkan mengikut kesesuaian keadaan kita. Pembahagian gaji bulanan tersebut akan lebih mudah jika hutang tidak ada sama sekali. Portion tersebut boleh kita  maksimumkan untuk keperluan yang lain. Contoh dengan membuat binses sampingan, menjadi dealer Public Gold, stokis, dropsip dan sebagainya.

4- Mereka Konsisten Menabung Setiap Bulan

Kebebasan kewangan dimulai dari berapa banyak wang yang dimiliki. Jadi, langkah awal, mulakan dengan mengasingkan sebahagian gaji untuk simpanan.

Sesuai kata pepatah, sikit-sikir, lama-lama jadi bukit.

Asingkan 5%-10% setiap bulan.

Contoh, pada awal kerja, kita dapat gaji RM2,500 setiap bulan. Berusahalah untuk konsisten menabung 10% saja dulu. Di akhir tahun, jumlah yang tersimpan RM3,000. RM3,000 mungkin tidak terlalu besar, tapi ini jauh lebih baik daripada tidak ada simpanan sama sekali.

Nak elak simpanan dari bocor paling senang terus buat simpanan beku. Iaitu dalam bentuk logam emas. simpan dalam akaun emas GAP yang disediakan Public Gold. Lebih mudah untuk kita track.

5- Mereka Miliki Target Kewangan Jangka Panjang

Ibarat memandu, tapi tiada tujuan. Begitu juga dengan kewangan, wanita bijak kewangan tahu arah dan hala tuju kewangan mereka. Mereka tahu target kewangan dalam jangka masa panjang.

Misalnya 5 tahun lagi nak beli rumah.

Dengan letak target itu, mereka boleh siapkan strategi untuk mencapai target  itu dari sekarang. Salah satu cara adalah, dengan menyimpan separuh gaji dalam bentuk emas. Sebab, tabungan kewangan saja tidak akan cukup untuk menandingi inflasi yang terus naik dari tahun ke tahun.

Dan jangan lupa untuk siapkan dana pencen juga.

6- Mereka Tidak Pernah Berhenti Belajar

Jadi wanita bijak kewangan, sentiasa mahu mengembangunkan diri demi karier dan kewangan yang lebih baik.

Salah satu caranya adalah dengan tidak berhenti belajar.

Mereka tidak pernah puas dan selesa dengan keadaan sekarang, dan selalu sediakan ruang untuk tingkatkan diri. Tambah pengalaman, belajar kekemasan diri, tambah hobi yang baru. Mana tahu di masa depan, hobi  baru tu dapat ubah jana kewangan? Ye tak.. carilah sesuatu yang baru yang sesuai dengan minat kita. Baru enjoy !

7- Miliki Mental Woman’s Empowerment

Mereka miliki mental woman’s empowerment.

Sama seperti lelaki, wanita pun bijak cari wang untuk dirinya sendiri. Bahkan, ramai wanita independent dalam bab kewangan dan karier, boleh bersaing melangkaui lelaki pada umumnya. Tanamkan mindset bahawa kita juga boleh lakukan apa saja yang kita inginkan, walaupun harus bersaing dengan lelaki. Kerana setiap orang ada keunikan dan keistimewaan dan skill yang berbeza.

Dengan cara itu, mereka akan lebih percaya diri dan yakin dengan kemampuan sendiri.

8- Mereka Asah Jiwa Entrepreneurship

Wanita bijak kewangan, selalunya sangat berdikari tentang kewangan mereka, saat paling seronok adalah saat mereka dapat menggaji diri sendiri.

Jika masih bekerja untuk orang lain, sediakan waktu untuk mengasah jiwa entrepreneurship. Asingkan dana dan waktu untuk mencuba bisnes tertentu. Jika sudah waktunya, kita tidak akan mulai dari awal untuk terjun ke dalam dunia bisnes tersebut. Ini karena kita sudah miliki asas bisnes sejak bekerja sebagai pekerja.

Tidak hanya mempunyai karier tetap, tetapi mereka mempunyai pendapatan sampingan dengan cuba buat bisnes secara sampingan. Antara contoh bisnes sampingan, dropship, stokis, seller, dealer Public Gold.

Pendapatan sampingan ni la selalunya diasingkan sebagai saving “tambahan”.

Percayalah, bisnes perlukan minat dan inisiatif diri sendiri dan tahu apa yang kita nak capai. Baru kita seronok untuk buat bisnes. Sabar & Tabah itu penting dalam bisnes. Yang paling penting, kita kena cuba dulu. Jangan takut dan malu.

Baca: Kelebihan Jadi Dealer Public Gold

9- Mereka Banyak Habiskan Dengan Buku Kewangan Bukan Novel Fantasi

Wanita bijak kewangan lebih menghargai masa dan kewangan kearah yang bermanfaat. Mereka lebih suka membaca buku berkaitan kewangan, pelaburan, motivasi dan pengurusan bisnes berbanding novel fantasi.

Bagi mereka ilmu sahaja yang dapat bezakan antara mereka dan wanita-wanita lain. Kebanyakan wanita yang hadir ke seminar pengurusan kewangan dan pelaburan adalah lebih yakin terhadap pelaburan.

Mereka juga tidak mudah terlibat dengan pelaburan yang tidak sah atau skim cepat kaya. Kerana ilmu yang mereka ada dapat selamatkan mereka tentang banyak perkara. Ini realiti!

10- Mereka Mempunyai Perlindungan Diri

Jika dahulu golongan ini dikenali sebagai golongan yang lemah, kini telah berjaya buktikan kepada dunia bahawa mereka juga dapat capai apa yang mereka inginkan dalam hidup mereka.
Salah satu perkara yang mereka lakukan adalah dengan membuat simpanan sendiri, membuat pelaburan untuk masa hadapan dan yang paling penting membuat perlindungan dari masalah kesihatan. 

11- Mereka Buat Simpanan Dalam Bentuk Emas

Ya, emas nilai jangka masa panjang sentiasa meningkat.

Emas dan wanita memang tidak asing lagi. Jika diberi peluang untuk pilih hadiah, mereka lebih gemar emas. Walaupun emas tersebut hanya sekadar perhiasan, namun tetap memiliki satu nilai pelaburan yang tinggi.

Cuma, jika benar-benar nak miliki emas sebagai simpanan, pilihlah yang betul-betul menguntungkan di masa depan. Contohnya, pilih gold bar dan dinar emas. Ingat, bijak miliki emas dengan ilmu.

Mereka tidak akan jual emas mereka, kecuali jika betul-betul dah sampai matlamat untuk mereka jual. Ini kerana emas sangat penting ketika kecemasan dan merupakan simpanan jangka masa panjang.

Baca: Klik Sini Untuk Simpan Emas Dengan Cara Paling Mudah

Setiap orang mempunyai gaji, hutang, sewa dan komitmen yang berbeza. Jadi sesuaikan pengalaman dan keperluan sendiri. Perkara yang paling penting yang boleh kita lakukan untuk menjadi bijak dari segi kewangan adalah dengan bersedia belajar, banyakkan membaca dan hadir ke seminar-seminar kewangan. Dengan kata lain bersedia untuk belajar.

Akhir sekali, beri ruang pada diri sendiri untuk berkembang.

Baca: 4 Fakta Tentang Emas Pasti Mengejutkan Anda

Penulis,

Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza | #aqilaaliredza

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
WhatsApp chat