Situasi ni ramai yang terjadi, ada yang dah ada bajet, bukan tak ada bajet. RM 100 pun ada, cuma tak tahu cara nak mula simpan emas. Kan?
Graduan ada yang gaji dari gaji RM1800 sehingga RM4000 masih lagi belum ada simpanan. Bayangkan penat kerja, tapi simpanan langsung tiada.
Walaupun bajet ciput pun boleh mula simpan, cuma tu la kita, tak semua la kadang malas nak ambil tahu, takut dan lain-lain.
#1 Fokus berapa RM kita nak simpan
Contoh, kita ada RM50 sekalipun, kita sediakan tabung khas, khas untuk kumpul emas. Dah cukup RM100 terus simpan emas. Sekarang tak perlu risau, kita ada syarikat emas yang buat program simpanan emas yang boleh mula serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP.
#2 Tetapkan matlamat menyimpan
Kalau simpan emas dalam tempoh 6 bulan dan nak jual semula, lebih baik jangan simpan emas dulu. Sebab emas ni untuk simpanan jangka masa panjang, bukan untuk jangka masa pendek. Sekurang-kurangnya simpan setahun atau dua tahun ke atas baru nampak kenaikan harga emas. Sebaiknya, tetapkan matlamat menyimpan supaya lebih termotivasi untuk simpan.
Matlamat apa yang selalunya orang letak ni?
- Kahwin
- Aqiqah Anak-Anak
- Tabung untuk pendidikan anak-anak
- Pergi haji dan umrah
- Nak beli aset lain seperti rumah, tanah
- Nak buat bisnes akan datang
- Tempat travel yang diidamkan
- Tabung 3 bulan kecemasan selepas bekerja
- Simpan emas untuk elak kebocoran duit
- Simpan emas untuk kawal sifat boros
- Dan lain-lainYang penting kita ada target dan matlamat dalam menyimpan.
#3 Tetapkan berapa GRAM nak simpan
Kenapa gram?
Sebab dalam emas, yang paling penting adalah berat emas (gram emas). Bukan berapa banyak RM.Makin banyak gram yang dikumpul, makin bernilai, makin mahal emas yang kita simpan.
Contoh:
Untuk kahwin, nak buat sebagai hantaran dan kos majlis sekurang-kurangnya 10Dinar seberat 42.25gram untuk majlis sederhana. Anggaran nilai emas dalam RM8k (kut nilai emas sekarang, akan datang mestilah tak sama nilai emas tu)
Untuk tabung pendidikan anak-anak, kumpul dari awal kelahiran bayi sehingga anak berumur 18 tahun sebanyak 240gram. Inshaa Allah, cukup untuk tampung kos pendidikan anak-anak. Malah berita baiknya, anak-anak tak perlu buat pinjaman PTPTN.Untuk pergi umrah, kumpul paling minima 10Dinar seberat 42.25gram cukup untuk kos pergi umrah malah lebih
Untuk Tabung kecemasan, kumpul dalam bentuk gram emas, katakan gaji kita RM3000, tabung kecemasan dalam 3 bulan kumpul dalam bentuk gram emas sebanyak 50gram emas, anggaran nilai emas ketika ini +-RM9k
Atas ni, saya buat sebagai contoh supaya korang nampak dan dapat idea berapa gram nak kumpul emas. Ni penting ! gram yang kita kumpul tu tahun ke tahun, nilainya tak sama. Emas sangat berpotensi meningkat.
#4 Setiap kali gaji asingkan 10% dalam bentuk emas.
Jika nak ikutkan, masa bujang yang tiada komitmen, boleh simpan sebanyak 30%. Dalam emas, cukup 10% dulu lagipun korang masih nak berjinak-jinak simpan emas kan? Jadi, fokus simpan 10% sahaja dulu.Katakan gaji RM1800, jadi terus simpan emas RM180 dalam Akaun Emas GAP. Jangan risau, sistem akan auto convert RM anda dalam bentuk gram emas melalui simpanan Akaun Emas GAP.
#5 Buka Akaun Emas GAP
Cara paling senang nak simpan emas secara konsisten, buka Akaun emas GAP. Akaun emas GAP adalah program menyimpan dan mengumpul emas pertama di Asia. Kita boleh mula simpan serendah RM100. RM100 adalah bajet paling minima untuk ramai orang mula simpan emas. Selain tempat penyimpanan percuma, Akaun emas boleh dibuka tanpa sebarang caj keahlian ! Mula simpan serendah RM100,Automatik kita dah dikira pelanggan Public Gold berdaftar dan punyai akaun emas GAP sendiri. Boleh monitor emas kita semuanya melalui online ! Menarik kan? Sebiji macam kita ada online banking.
Tapi ni kita simpan emas. (Ops, tapi Public Gold tiada langsung kaitan dengan Public Bank ya) Nak mula simpan ikut harga per gram, gunakan akaun GAP, kerana kita dapat menikmati harga pergram dengan LEBIH PENJIMATAN. Ini kerana, jika kita beli emas 1 gram secara retail kosnya mencecah RM210 - RM250/gram mengikut syarikat berbeza. Kerana kos pembuatan emas bersaiz kecil sangat mahal. Alternatifnya, kita kumpul dan simpan dalam Akaun Emas GAP.
Ini adalah pendapat dan nasihat saya:
"
Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn’t do than by the ones you did do.
"
Baca Lagi:
Penulis,
Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza | #aqilaaliredza