Simpanan Untuk Pendidikan Anak-Anak

Jun 2019: Jadi Dealer Public Gold Dengan Harga Promosi !
June 11, 2019

Selamat Hari Raya!

Wah...banyaknya anak-anak kita dapat duit raya kan?

jadi ibu bapa, selain simpankan duit anak-anak di bank, boleh fikirkan alternatif lain selain simpankan duit anak-anak.

Antara cadangan untuk simpankan duit anak-anak adalah dengan tukarkan duit anak-anak kepada emas yang lebih tinggi nilainya.

RM100 yang disimpan belum tentu nilainya meningkat, tapi jika ditukarkan dalam bentuk emas, makin lama nilianya makin tingi.

"Lebih lama simpan dan lebih banyak gram yang terkumpul, lebih tinggi nilainya."

Ibu bapa perlu ada inisiatif wujudkan tabungan emas anak-anak. Kenapa?
 
Jika dilihat pada tahun 2000, harga emas RM35 segram

Tahun 2007, harga emas RM78 segram
Tahun 2010, harga emas RM130 segram
Tahun 2016, harga emas RM140 segram.
Tahun 2017, harga emas RM160 segram
Tahun 2018, harga emas RM180 segram

Tahun 2019, harga emas cecah RM190 segram

Nampak kan kenaikan harga emas? Berganda-ganda nilai emas walaupun hanya 1 gram, jika bertambah gram mereka menjadi 100gram boleh cecah puluh ribu simpanan emas tabung pelajaran mereka nanti.
 
Ibu-ibu semua boleh mulakan cepat sebelum harga emas 1 gram mencecah RM500 suatu hari nanti.
 
  1. Simpanan Anak Lebih Terjamin Nilainya

    Kita sedia tahu nilai emas akan sentiasa meningkat dan tak akan pernah dimakan inflasi seperti duit kertas. Dari dibiarkan dimakan imflasi dan kejatuhan ringgit, lebih baik tukarkan RM menjadi emas yang lebih berharga. Seperti pesan Datuk Nenek kita, sentiasa beli emas walaupun sikit disebabkan mereka faham nilai emas sentiasa tinggi. Sebab tu tidak hairan, mereka sentiasa ada duit, kerana  mereka sentiasa ada simpanan dalam bentuk emas, yang boleh dipajak apabila terdesak untuk gunakan duit.

  2. Ibu Bapa Letak Matlamat Simpanan Pendidikan Anak-Anak

    Sebagai ibu bapa, sentiasa letak matlamat simpanan anak-anak untuk masa depan anak-anak. Contohnya untuk pendidikan anak-anak, yuran pengajian sekarang tak akan pernah berkurang, malah makin lama makin tinggi. Jika anak kita tidak bernasib baik untuk masuk ke Universiti Awam, kita perlukan dana kewangan sebagai "backup" untuk anak-anak sambung pengajian ke Kolej Swasta, ini memerlukan dana yang tinggi termasuk kos-kos lain.

    Cadangan item emas untuk simpanan anak-anak adalah sebanyak 100gram emas. Sekarang harga emas anggaran dalam RM18k, Tahun 2015 baru RM14k. Jadi dari sini kita nampak kenaikan harga emas mengikut berat yang disimpan. Makin berat gram, makin berharga. 100gram disimpan selama 10-15 tahun tentunya tidak sama nilainya, Jadi, cukup untuk yuran pengajian anak-anak. Inshaa Allah.

  3. Macam Mana Cara Mudah Untuk Ibu Bapa Pantau Simpanan Emas Anak-Anak?

    Ibu bapa boleh bukakan Akaun Emas GAP untuk anak-anak. Ini kerana akaun emas GAP akan dipantau bersama ibu  atau bapa sebagai pemegang amanah akaun anak sehingga anak berumur 18 tahun. Jadi ini sangat mudah bagi ibu bapa untuk pantau dan buat simpanan dalam akaun emas anak. Pentingnya emas anak adalah kumpul dan kumpul. Supaya nilainya makin tinggi. Mesti ingat, emas tidak akan bertambah sendiri gramnya, sekiranya kita senditi tiada usaha untuk tambah emas dalam akaun simpanan emas GAP.

    Paling mudah, akaun emas GAP boleh buat jual, beli dan pajak secara online sahaja.

  4. Cara Nak Buka Akaun Emas GAP Anak-Anak Macam Mana?

    Follow cara di bawah untuk buka akaun emas anak-anak

    Cara buka akaun emas GAP untuk anak-anak bawah 18 tahun

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
WhatsApp chat