Seronok tak bila emas yang kita beli sampai ke rumah? ish..mestilah seronok sangat. Ha, sekarang Public Gold dah sediakan perkhidmatan pos emas ke rumah seluruh Malaysia.
Nama khidmat pos di Public Gold dipanggil Gold In Transit (GIT), mereka ni akan hantar emas kita dari Akaun Emas GAP dan dari belian online terus ke pintu rumah kita.
Ya. Semua kaedah belian di Public Gold termasuk GAP, onright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) boleh gunakan GIT. Yang Penting, dah selesaikan payment dahulu sebelum buat GIT.
Jangan risau, khidmat pos GIT dah termasuk insurans sebanyak RM5000.
Semua tempat GIT cover. Cuma saya cadangkan jika rumah anda tersangatlah jauh dari cawangan, lebih baik guna GIT. Kerana insurans dan semua kos dah termasuk dalam kos penghantaran. Jika tak sampai 5 minit rumah dengan cawangan Public Gold, lebih baik pergi je la ambil emas di cawangan ye. Jangan malas-malas tau. Hihi
Contoh : Pengeluaran Emas Dari Akaun Emas GAP
Jika kita nak keluarkan emas dari akaun emas GAP dan terus pos ke rumah, caranya adalah:
1- Kita hubungi cawangan Public Gold berdekatan beritahu nak keluarkan emas dari Akaun Emas GAP. Klik sini untuk lihat senarai cawangan Public Gold.
Beritahu staff, nak keluarkan item emas apa dari Akaun GAP supaya staff boleh kirakan premium dan total postage kita. Penting, penting, penting ni.
Contoh: "Sis, saya nak keluarkan 5 gram dari Akaun GAP dan nak terus pos ke rumah. "
2- Pengeluaran dari Akaun emas GAP, kita perlu buat bayaran caj premium terlebih dahulu ke Akaun Bank Public Gold & Caj Gold Premium mengikut berat seperti di bawah:
3- Selepas buat pembayaran gold premium ke Akaun Public Gold, hantarkan Whatsapp bukti pembayaran ke staff Public Gold berdekatan. Lihat senarai no telefon cawangan di sini.
Contoh: "Salam sis, saya dah transfer amount RM10 untuk item 5 gram emas. Bukti pembayaran, saya sertakan seperti di bawah. (Jangan lupa lampirkan bukti pembayaran). Terima Kasih."
4- Selepas staff terima bukti pembayaran premium, staff akan teruskan dengan proses GIT.
5- Kita akan terima arahan daripada cawangan untuk meluluskan transaksi GIT. (Kadang-kadang staff akan call kita semula untuk luluskan transaksi, tolong jangan silent phone please..hihi)
6- Kita dikehendaki login masuk ke Akaun Public Gold www.publicgold.com.my
7- Dah login, pergi ke My Account cari "My Shipping"
8- Pergi ke My Shipping Page, cari shipping list yang bertulis "unpaid". Dan klik ID Number untuk lihat detail.
9- Isikan butiran seperti di bawah:
Pastikan nombor yang diberikan dapat menerima SMS. TAC akan menghantar mesej SMS kepada anda untuk meneruskan urusniaga.
Caj Penghantaran seperti di bawah:
Contoh:
Jika kita ingin keluarkan 5 gram emas, pengiraan macam ni:
1gram pertama adalah RM10, baki 4 gram ada tambahan RM2 untuk setiap gram.
RM10 + RM2+ RM2 + RM2 + RM2 = RM18
Jadi, jumlah keseluruhan caj penghantaran adalah RM18
10- Klik butang Proceed, akan terima TAC number melalui SMS.
11- Masukkan TAC code dalam ruangan tac dan klik proceed.
12- Selepas dah sahkan, buat pembayaran untuk caj penghantaran.
Pilih kaedah pembayaran melalui
a) Melalui FPX atau
b) Bank in online transfer dan upload bukti belian dalam portal.
Jika pilih kaedah online transfer, bank in ke akaun Public Gold seperti di bawah dan klik proceed.
13- Selepas pembayaran selesai, Public Gold akan menerima notis e-mel dan meneruskan untuk proses GIT.
14- Tarikh penghantaran parcel seperti yang disenaraikan di bawah.
15- Nombor Tracking kita boleh dapatkan dar servis berdekatan. (akan datang akan diupdate secara auto)
16-Terima barang dalam masa 3-5 hari bekerja. Jika lebih daripada 5 hari, sila beritahu cawangan perkhidmatan anda.
Penulis,
Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2017 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza | #aqilaaliredza