4 Fakta Tentang Emas Yang Pasti Buat Anda Terkejut
January 29, 2017
7 Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold
February 10, 2017

Apa yang saya ingin kongsikan dalam post hari ini adalah di mana posisi anda dalam pelaburan emas? Adakah sekadar ikut-ikutan. Trend semasa atau sekadar suka-suka. Oleh itu, saya ingin rungkaikan 3 posisi dalam pelaburan emas supaya anda pembaca semua tidak tersalah langkah.

Tetapkan matlamat dan pilihlah posisi yang sesuai dengan matlamat pembaca semua.

Terdapat 3 posisi dalam pemilik emas fizikal:

1. Penyimpan emas
2. Pelabur emas
3. Trader / Usahawan Emas

1 Penyimpan Emas

Sebagai seorang penyimpan emas, mereka adalah golongan yang sangat peka akan kepentingan emas. Matlamat mereka hanya satu akan menukar wang kepada emas demi masa hadapan. Jika berlaku kecemasan, emas sebagai backup duit.

Bagi mereka simpanan emas sangat penting kerana:

1) Mengelak kebocoran wang daripada terlabur kepada yang bukan-bukan dan dapat mengawal sifat boros berbelanja.
2) Emas sebagai pelaburan jangka masa panjang dan bukan masa terdekat.
3) Emas dapat melindungi kekayaan dari susut nilai yng terkesan akibat inflasi setiap tahun.
4) Emas digunakan apabila kecemasan sahaja.
Matlamat yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih je alih kepada emas. Tidak risau emas naik turun, golongan ini membeli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai emas”.

2 Pelabur Emas

Ramai juga yang ingin menjadi pelabur emas kan? Perlu ingat seorang pelabur beli emas dalam kuantiti yang besar. Selalunya golongan ini bertujuan meningkatkan keuntungan dalam jangka masa sederhana.

Antara ciri-ciri seorang pelabur emas adalah:

1) Membeli emas ketika harga rendah, Jual ketika harga tinggi.
2) Mempunyai ilmu teknikal dan fundamental dalam menganalisis pasaran emas dunia.
3) Menjana keuntungan dengan aktiviti jual beli emas.
Formula mudah bagi seorang pelabur, yang dikejar adalah keuntungan emas apabila naik dan bersedia membeli pada harga rendah dalam kuantiti yang besar.

3 Trader / Usahawan Emas

Usahawan emas lebih kepada seorang pedagan emas yang melihat emas sebagai salah satu medium perniagaan. Peluang berniaga yang tidak boleh dilepaskan.

Cir-ciri seorang usahawan emas :

1) Aktif menjana keuntungan melalui jual beli emas
2) Menggunakan emas bagi menjana pendapatan melalui perniagaan.
3) Tidak terikat dengan naik turun harga emas
4) Formulanya naik senyum, turun pun senyum.

Usahawan emas di platform PUBLIC GOLD, mereka menjana keuntungan melalui manfaat tersebut:

1) Keuntungan runcit melalui jualan dan belian emas daripada customer mengikut harga yang ditetapkan oleh syarikat
2) Komisyen jualan dan belian yang diberikan oleh syarikat
3) Komisyen introduce pelanggan/dealer baru kepada Public Gold.
4) Komisyen yang berterusan bila pelanggan yang didaftarkan membuat belian berulang.

Dah pilih posisi?

Walau dimanapun posisi anda pilih, mesti punyai ilmu terlebih dahulu. Jangan hentam keromoh sahaja. Bukan emas yang buat kita kaya tapi hanya dengan ILMU yang dapat membimbing kita kemana hala tuju kita bersama emas.

Aqila Ali Redza
Aqila Ali Redza
Anak muda yang sangat aktif berkongsi ilmu emas dengan setiap individu dan anak-anak muda yang ingin berjinak-jinak menyimpan aset paling mudah milik dengan cara yang betul. Merupakan seorang "local speaker" di Public Gold Bangi dan mencapai anugerah "Million Dollar Achiever" tahun 2016 pada usia yang sangat muda. Simpan emas kita simpan matawang sebenar ! ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
WhatsApp chat