Bagi mereka yang pertama kali nak beli emas, sudah semestinya masih kabur tentang cara beli emas pertama mereka.
Maklumlah, bukan selalu orang beli emas, mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup bagi orang biasa. Kerana sudah terbiasa dengan mindset "emas mahal".
Oleh kerana kurang pengalaman, maka kebanyakan orang kurang arif dalam proses pembelian emas yang sebenar.
Lain pula bagi mereka yang merupakan pelabur emas; semua selok belok cara beli emas pertama, kedua, ketiga dan sehingga berkilo-kilo emas pun sudah mereka kuasai sepenuhnya.
Pelabur emas punyai pengalaman yang banyak, maka mereka ada bermacam-macam cara beli emas dan strategi belian emas yang telah mereka kuasai.
Membeli dan memiliki emas yang banyak sebagai salah satu aset simpanan merupakan idaman semua orang
Bagi orang biasa, pembelian emas kebiasaannya merupakan pembelian paling besar dan penting dalam hidup mereka. Sama jika mereka membeli rumah pertama.
Tersilap langkah, pembelian emas boleh menjadi mimpi ngeri.
Mimpi ngeri bagi seorang penyimpan serta pelabur emas adalah bila memiliki emas tiruan dan sebagainya.
Oleh itu, amat penting untuk tahu tentang perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses belian emas agar mimpi ngeri seperti di atas tidak menghantui.
Jika anda merupakan salah seorang yang baru nak memiliki emas, panduan asas cara beli emas yang akan saya terangkan nanti mungkin boleh membantu anda.
Panduan asas cara beli emas pertama kali
Secara asasnya, pembelian emas melibatkan 3 step iaitu pra pembelian, pembelian dan post-pembelian.
Cara beli emas pertama #1 – Fasa Pra-Pembelian
#1 Kemampuan Kewangan
Fasa pra-pembelian juga turut dikenali sebagai fasa penilaian.
Dalam fasa ini, penilaian yang teliti ke atas beberapa aspek perlu dibuat, antaranya:
Nak beli emas bukannya murah, lebih-lebih lagi pada masa sekarang yang mana harga emas seolah-olah harga mampu tengok sahaja.
Apabila membeli emas, kita kena faham belian emas untuk jangka masa panjang dan bukan jangka masa pendek.
Semakin berat gram emas, semakin tinggi nilai emas.
Jadi, sebelum beli emas, kenalah buat kira-kira tentang kemampuan kewangan sendiri untuk sediakan wang bagi membeli emas.
Daripada kira-kira itu nanti, anda akan dapat tentukan item emas yang sesuai untuk dibeli.
Anggaran budget harga untuk setiap item:
10 gram - RM2 000++
20 gram - RM4 000++
50 gram - RM10 000++
100 gram - RM20 000++
250 gram - RM50 000++
1000 gram - RM 197 000++
1 dinar - RM 900++
5 dinar - RM4 500++
10 dinar -RM8 500++
Harga ni berubah setiap 20 minit, jadi ni anggaran bajet saya sediakan untuk setiap item.
#2 Item emas
Pastikan emas yang kita nak beli tersebut memenuhi bajet yang kita tetapkan.
Beli dan simpan emas ni jangka masa panjang, jadi jangan beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.
Dah pilih item yang diingini, jom kita mula buat belian emas.
#3 Keselamatan
Untuk keselamatan ni, kita boleh pilih nak simpan emas di safe deposit box, simpan sendiri di rumah atau di Akaun Emas GAP.
*Dalam artikel ni saya beri panduan untuk buat belian emas secara fizikal bagi yang nak simpan emas sendiri atau di deposit box.
Pendaftaran Sebagai Pelanggan Public Gold
Public Gold tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk menjadi pelanggan Public Gold.
Dalam fasa ini, pembeli mestilah mengisi semua maklumat dengan betul :
Klik sini untuk daftar kali pertama
Selepas daftar, klik submit.
Cara beli emas pertama #2 – Pembelian Emas
2. Mula membeli emas secara online mengikut harga emas semasa atau booking harga beli emas public gold.
Pilih Produk yang diingini
Paparan ni akan keluar selepas klik add to cart
Klik add to cart paling atas sebelah kanan
My Shopping cart semak kuanttiti dan detal item, dan jika ingin buat perubahan boleh buat di sini
Skrin ni akan dipaparkan sekiranya anda belum login. Abaikan skrin ini, jika anda dah login.
Maklumat pembeli emas dan cara pembayaran
Maklumat pembayaran dan pengambilan emas
Pengesahan pembelian emas public gold
Pilih Payment Method dan klik "PROCEED"
Cara beli emas pertama #3 – Selesai Pembelian Emas
CARA 1: BUAT BAYARAN KE PUBLIC GOLD
Langkah 1: Buat Bayaran ke Akaun Public Gold
sila "upload" bukti pembelian dengan menekan butang "browse.."
Pilih My Order dan pilih CSO number untuk upload bukti belian
Contoh CSO Order details
CARA 2: BUAT BAYARAN KE PUBLIC GOLD
Langkah 1: Buat Bayaran ke Akaun Public Gold seperti yang tertera di "pengesahan pembelian".
Langkah 2: Hantar Detail ke Public Gold dan Lampirkan bukti bayaran
Langkah 3: Anda akan terima pengesahan bayaran dari Public Gold seperti dalam gambar di bawah.
Langkah 4: Hubungi Cawangan Public Gold berdekatan untuk pengambilan emas.
Klik Sini : Senarai Cawangan Public Gold Seluruh Malaysia
**Pastikan anda membawa IC dan simpan baik-baik resit original supaya mudah berurusan semasa pengambilan emas anda.
Salam Kekayaan & Kejayaan !
Penulis,
Aqila Ali Redza| PG00054711 | 019-379 6503
Penyimpan, Pelabur, Pendidik & Usahawan Emas Public Gold
Authorised Master Dealer Public Gold
2016 Youngest Master Dealer & Million Dollar Achiever Public Gold
Facebook : Aqila Ali Redza | ig: qilaredza