Selamat Hari Raya!
Wah...banyaknya anak-anak kita dapat duit raya kan?
jadi ibu bapa, selain simpankan duit anak-anak di bank, boleh fikirkan alternatif lain selain simpankan duit anak-anak.
Antara cadangan untuk simpankan duit anak-anak adalah dengan tukarkan duit anak-anak kepada emas yang lebih tinggi nilainya.
RM100 yang disimpan belum tentu nilainya meningkat, tapi jika ditukarkan dalam bentuk emas, makin lama nilianya makin tingi.
"Lebih lama simpan dan lebih banyak gram yang terkumpul, lebih tinggi nilainya."
Tahun 2019, harga emas cecah RM190 segram
Kita sedia tahu nilai emas akan sentiasa meningkat dan tak akan pernah dimakan inflasi seperti duit kertas. Dari dibiarkan dimakan imflasi dan kejatuhan ringgit, lebih baik tukarkan RM menjadi emas yang lebih berharga. Seperti pesan Datuk Nenek kita, sentiasa beli emas walaupun sikit disebabkan mereka faham nilai emas sentiasa tinggi. Sebab tu tidak hairan, mereka sentiasa ada duit, kerana mereka sentiasa ada simpanan dalam bentuk emas, yang boleh dipajak apabila terdesak untuk gunakan duit.
Sebagai ibu bapa, sentiasa letak matlamat simpanan anak-anak untuk masa depan anak-anak. Contohnya untuk pendidikan anak-anak, yuran pengajian sekarang tak akan pernah berkurang, malah makin lama makin tinggi. Jika anak kita tidak bernasib baik untuk masuk ke Universiti Awam, kita perlukan dana kewangan sebagai "backup" untuk anak-anak sambung pengajian ke Kolej Swasta, ini memerlukan dana yang tinggi termasuk kos-kos lain.
Cadangan item emas untuk simpanan anak-anak adalah sebanyak 100gram emas. Sekarang harga emas anggaran dalam RM18k, Tahun 2015 baru RM14k. Jadi dari sini kita nampak kenaikan harga emas mengikut berat yang disimpan. Makin berat gram, makin berharga. 100gram disimpan selama 10-15 tahun tentunya tidak sama nilainya, Jadi, cukup untuk yuran pengajian anak-anak. Inshaa Allah.
Ibu bapa boleh bukakan Akaun Emas GAP untuk anak-anak. Ini kerana akaun emas GAP akan dipantau bersama ibu atau bapa sebagai pemegang amanah akaun anak sehingga anak berumur 18 tahun. Jadi ini sangat mudah bagi ibu bapa untuk pantau dan buat simpanan dalam akaun emas anak. Pentingnya emas anak adalah kumpul dan kumpul. Supaya nilainya makin tinggi. Mesti ingat, emas tidak akan bertambah sendiri gramnya, sekiranya kita senditi tiada usaha untuk tambah emas dalam akaun simpanan emas GAP.
Paling mudah, akaun emas GAP boleh buat jual, beli dan pajak secara online sahaja.
Follow cara di bawah untuk buka akaun emas anak-anak
Cara buka akaun emas GAP untuk anak-anak bawah 18 tahun